guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

PM Anwar umumkan kemudahan khas RM5 bilion untuk PMKS

22 Apr 2026 · omiyou network · Economics and Trade · 614 views

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata perincian kemudahan khas itu di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata kemudahan ini melengkapi tambahan jaminan RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) yang diumumkan sebelum ini khusus untuk menyokong PMKS terjejas.

“(Kemudahan) ini untuk membantu memacu pertumbuhan dan sebagai pemangkin kepada syarikat yang memerlukan.

“Bantuan ini mesti melibatkan syarikat yang lebih kecil dan kelompok pertanian, pekebun kecil, nelayan serta penjaja yang mengendalikan warung dan restoran kecil,” kata beliau pada sidang media selepas sesi meja bulat bersama 20 wakil institusi kewangan di sini hari ini.

Turut hadir Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Semalam, Anwar mengumumkan peruntukan jaminan RM5 bilion di bawah SJPP bagi meringankan tekanan PMKS susulan krisis tenaga global dan konflik Asia Barat.

Peruntukan itu bagi menyokong PMKS terjejas termasuk pembinaan, pertanian dan agri-makanan, logistik dan pengangkutan serta pelancongan melalui liputan pembiayaan sehingga 80 peratus daripada 70 peratus sebelum ini dan tempoh jaminan sehingga 10 tahun berbanding tujuh tahun.

Skim SJPP terus menjadi antara instrumen utama kerajaan dalam menyokong kelangsungan PMKS, dengan lebih 50,000 PMKS telah dibantu melalui jaminan pembiayaan melebihi RM50 bilion bagi tempoh 2023 hingga 2025.

Terdahulu, kerajaan melaksanakan pelonggaran e-invois dengan tempoh peralihan tambahan selama 12 bulan bagi pelaksanaan e-Invois Fasa 4 sehingga 31 Dis 2027 untuk perniagaan dengan jualan tahunan antara RM1 juta hingga RM5 juta, termasuk kebenaran mengeluarkan e-invois disatukan tanpa penalti dalam tempoh itu.

Kerajaan turut mempertimbangkan secara interim terhadap pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas pengimportan semula barangan buatan Malaysia yang tidak dapat melengkapkan proses eksport akibat gangguan konflik sehingga 31 Disember ini.

More articles

Adult Payment Gateway in New Zealand: A Compliance-First Approach

30 Oct 2026 · Economics and Trade

Discover how adult businesses can evaluate payment gateways in New Zealand, including card processing, compliance, fraud prevention and merchant accounts.

From ADGM to Digital Asset Trading: Build Your Crypto Exchange With a Scalable Clone Script

27 Oct 2026 · Economics and Trade

Discover how Abu Dhabi businesses can launch scalable crypto trading platforms with Maalgo’s crypto exchange clone script development solutions, customizable features, an…

Authentic Kado Bar Disposable Vape & Discover Premium Flavor Selection

19 Aug 2026 · Economics and Trade

Modern disposable vaping is all about innovation, ease of use, and a wide range of flavours, and Kado Bar keeps providing all of these. Kado Bar Vape is known for its rel…

Patrick Mahomes participates inside Chiefsto start with OTA prepare

11 Aug 2026 · Economics and Trade

Patrick Mahomes participates inside Chiefsto start with OTA prepare

Omiyou Premium Ads
Coming soon