guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

1,000 rumah atas air di Kg Bahagia Sandakan musnah terbakar

19 Apr 2026 · omiyou network · NewsPaper · 506 views

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, kebakaran menyebabkan ribuan penduduk hilang tempat tinggal selepas penempatan tidak kekal berkenaan terbakar sepenuhnya.

Ketua Zon 6 Sandakan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Jasri Ab Jal berkata, pasukan bomba mengambil masa hampir 11 jam untuk memadamkan kebakaran sepenuhnya.

Katanya, operasi pemadaman berdepan pelbagai cabaran termasuk laluan sempit serta keadaan air laut surut yang menyukarkan bekalan air.

“Struktur rumah yang rapat selain angin kencang menyebabkan api merebak dengan cepat.

“Selain itu, keadaan air laut surut menyukarkan usaha mendapatkan sumber air terbuka,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba menjalankan operasi secara ofensif dan defensif di bahagian kiri serta kanan kawasan kebakaran menggunakan empat aliran sepanjang 1,000 kaki dengan 12 pancutan.

Jasri berkata, bantuan jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan turut digerakkan menggunakan dua aliran sepanjang 400 kaki serta empat pancutan.

“Kebakaran berjaya dikawal kira-kira jam 8.43 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12 tengah hari selepas kerja-kerja overhaul selesai.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pemeriksaan mendapati tiada lagi bahaya lain di lokasi,” katanya.

Terdahulu, operasi turut membabitkan anggota BBP Sandakan dan BBP Kinabatangan dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela serta beberapa agensi lain termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Sabah Electricity.

More articles

Perkembangan Terkini dalam Hubungan Maghribi–Sepanyol: Penjelasan daripada Kementerian Luar Negeri Maghribi

11 Sep 2026 · NewsPaper

Rabat – Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kerjasama Afrika dan Rakyat Maghribi di Luar Negara telah memberikan penjelasan mengenai perkembangan terkini dalam hubungan an…

The Home AB

2 Jul 2026 · NewsPaper

The Home ABThe Home ABThe Home ABThe Home ABThe Home ABThe Home AB

Punjabi News Portal

26 Jun 2026 · NewsPaper

Punjabi News Portal Aj Di Awaaj Channel is a vigorous Punjabi news and media channel based on providing reliable, timely and community oriented news and content. The chan…

Mostbet Casino

12 Jun 2026 · NewsPaper

Mostbet Casino PL — logowanie to jak przekroczenie progu cyfrowego teatru, w którym każda gra odgrywa własny scenariusz.

Omiyou Premium Ads
Coming soon