guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

PETRONAS sahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesen sehingga akhir Jun ini

15 Apr 2026 · omiyou network · Financial News · 552 views

Dalam kenyataannya hari ini, PETRONAS memaklumkan terus aktif menguruskan rantaian bekalan bagi memastikan bekalan mencukupi di seluruh rangkaian stesen minyaknya susulan krisis tenaga global akibat konflik di Asia Barat.

“PETRONAS membekalkan kira-kira 50 peratus daripada keperluan bahan api negara menerusi syarikat senarai awam miliknya, PETRONAS Dagangan Bhd.

“Jumlah selebihnya dibekalkan oleh syarikat minyak lain yang beroperasi di Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, syarikat minyak dan gas negara itu turut mengulangi komitmen dalam memastikan bekalan bahan api yang stabil serta boleh diharapkan untuk semua rakyat negara ini.

“Orang ramai digalakkan untuk membuat pembelian bahan api ini secara bertanggungjawab dan mengikut keperluan harian masing-masing serta mengelak daripada sebarang tindakan pembelian panik,” menurutnya.

Penggunaan secara bertanggungjawab itu akan turut memastikan semua mendapat akses bekalan berkenaan secara berterusan.

Pada 1 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PETRONAS sedang membantu kerajaan dalam pembekalan minyak dan gas yang mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei 2026.

More articles

Why Is UAE Corporate Tax Important for Business Owners and Finance Professionals?

23 Oct 2026 · Financial News

Discover why UAE corporate tax matters to business owners and finance professionals, including financial planning, tax compliance, recordkeeping, and risk management.

How Much Salary Is Needed for a ₹10 Lakh Personal Loan in Azamgarh?

9 Sep 2026 · Financial News

An EMI calculator can help you estimate your monthly repayment before submitting your application.

Get an Instant Personal Loan for Salaried Employees

25 Aug 2026 · Financial News

Explore personal loans for salaried employees with simple approval processes and competitive rates. Get the financial support you need today.

Debt Collection Agency | Unpaid Invoice Collection | Payment Recovery Agency - Baadshah Recovery Agency

19 Aug 2026 · Financial News

Baadshah Recovery Agency is a trusted debt collection agency offering Unpaid Invoice Collection, corporate collection, payment recovery, and money recovery services acros…

Omiyou Premium Ads
Coming soon