Hukum Main Forex. Boleh atau Tidak? sila baca

Comments · 7 Views

Ini satu hal yang sangat penting untuk masyarakat faham. Nak bincang pasal halal-haram ini, bukan satu perbincangan yang main-main. Kalau haram satu ‘aktiviti’ itu, maka haramlah hasilnya juga. Tiada berkat untuk ambil hasilnya. Tiada keredhaan Tuhan. Sebab itu, berhati-hatilah dalam m

Apakah itu Forex?

Sebelum itu, kita ketahui dulu apa sebenarnya forex? Yang main depan komputer/laptop sambil baca-baca graf itu ke? Yang kata boleh cepat kaya itu ke?

Baik.

Forex ini, nama panjangnya foreign exchange. Tukar mata wang. Contohnya, nak pergi United Kingdom, pergi Money Changer, tukar duit Malaysia kepada duit United Kingdom. Sebab apa? Sebab nak pergi UK mestilah pakai duit negara sana. Takkan pakai duit Malaysia pula. Duit Malaysia dekat sana tak boleh pakai. Jadi, kena tukar.

Transaksi pertukaran inilah yang dipanggil sebagai forex. Tukar duit Malaysia kepada duit luar negara. Dan begitu juga untuk negara lain dengan negara lain. Ringgit Malaysia kepada British Pound. US Dollar kepada CNY (duit China). Begitulah seterusnya.

Forex ini beza dengan forex trading. Yang kalian tengok baca-baca graf itu, ituforex trading. Dah jadi trend orang muda nak belajar forex trading, sebab katanya duduk rumah saja mampu menjana pendapatan lumayan dan sebagainya. Macam-macam kata-kata harapan yang diberi kepada masyarakat tentang forex trading ini.

Forex trading ini pula, ialah pertukaran mata wang yang berjalan setiap hari demi mengaut keuntungan. Sebab apa boleh dapat untung? Sebab mata wang di dunia ini berlaku perubahan yang tidak menentu (volatile). Nilai mata wang di dunia, tak kekal pada satu nilai saja. Kejap naik, kejap turun. Banyak faktor sebab apa boleh jadi macam ini, contohnya kestabilan politik, ekonomi dunia, dan sebagainya.

Dari sinilah, orang beli mata wang atas talian, bila duit itu naik, mereka jual, dapatlah keuntungan. Lebih kurang begitu untuk senang nak faham.

Nakpowerbuat benda-benda macam ini, haruslah pandai baca graf. Baca graf pasaran mata wang yang kita beli itu. Tak semestinya untung saja memanjang. Boleh juga berlaku kerugian. Sebab kedudukan mata wang ini tak menentu (atau dikenali sebagaivolatile), ia akan berlaku turun-naik yang kerap.

Tipulah kalau kata semua yang main forex trading itu untung saja memanjang. Macam lumrah dunia bisneslah, mesti ada untung-rugi. Forex trading itu juga suatu bisnes.

Kenapa ia dipanggiltrading? Sebab ia jangka pendek. Kalau jangka panjang, ia bukantrading. Iainvesting. Forex trading mesti main hari-hari. Setiapvolatility(naik turun nilai mata wang)harus diperhati untuk pastikan duit yang kita tukar itu, bila masa nak jual, bila nak beli (tukar mata wang) untuk jangkakan keuntungan akan datang. Itu semua kena analisis. Atau dalam dunia forex trading, dipanggil ilmu analisis teknikal dan lain-lain.

Hukum Forex Exchange

Pertama, apa hukum forex? Iaitu, foreign exchange. Yang penulis sebut pasal tukar duit dekat Money Changer tadi. Apa hukum buat benda itu?

Hukumnya,harus.

Ada tiga syarat yang dipenuhi:

  1. Ada pembeli ada penjual. Pembeli itu wujud, dan penjual itu juga wujud, dua-dua jelas. Dua-dua wujud dan hadir bila pembelian itu berlaku. Bukannya pembeli tak yakin dengan siapa dia beli. Jadi, dekat itu sudah jelas. Pembeli ada, penjual ada.
  2. Akad. Bukan akad nikah, ya. Akad jual beli. Bila ada yang membeli dan ada pula yang menjual. Transaksi itu juga dipanggil akad. Saya beli, saya jual (penjual). Walaupun tak ada lafaz pun tak apa, perbuatan nak membeli dan nak menjual itu pun sudah dikira sebagai akad. Jadi, akad sudah ada. Jelas.
  3. Penyerahan barang. Benda itu wujud tak? Ya, wujud. Bila pergi Money Changer, kita nampak benda itu, iaitu duit yang kita nak tukar. Benda itu wujud depan mata. Dan benda itu diserah terus kepada kita sebaik saja akad. Bukan tangguh atau terlaluadvance. Dia serentak. Berlaku akad jual beli, penyerahan barang pun berlaku sekali. Selesai.

Tiga-tiga syarat ini, mesti dipenuhi dan berlaku serentak. Bila dapat selesai semua ini, maka forex dalam keadaan itu, hukumnyaharus.

Hukum Main Forex Trading

Foreign exchange trading, apa hukumnya? Ini wujud perbalahan. Ada trader yang tak setuju dengan ustaz-ustaz. Ada pula yang cakap forex trading ini penipuan semata-mata. Ada yang cakap, forex trading tak sama dengan judi.

Jadi, dia bermain dekat dua hukum ini. Orang berbalah, forex trading ini haram atau harus sebenarnya?

Baik, sebelum nak masuk apa-apa hukum, lagi-lagi isu yang kontroversi macam ini.

Kita perlu ingat, yang ulama kata dalam satu kaedah fiqh tentang perkara yang berkaitan dengan muamalat, Asal sesuatu adalah harus, hinggalah ada dalil menunjukkan pengharamannya.

Asal sesuatu benda dalam hal mualamat (hal-hal dunia seperti kewangan, politik dan sebagainya), adalah harus. Sehingga ada benda lain yang menunjukkannya haram, seperti ada unsur riba (bunga), penipuan, judi dan lain-lain.

Jadi, itu kunci yang kita nak pegang sekarang. Forex trading ini, kita ambil hukum harus dulu. Mari kita tengok, apa ciri-cirinya yang berpotensi untuk mengatakan aktiviti ini sebagai haram?

Fatwa Perlis kata, hukum forex trading online ini,haram.

Ada 4 sebab:

  1. Tiada serahan milik secara tunai dan serta-merta
  2. Adariba(bunga). Ada dua keadaan. Pertama, ialah padaleverage(pinjaman tunai). Nak buat pertukaran mata wangonline, ada caj-caj tertentu daripada platform. Kedua, padaovernight charge, iaitu caj semalaman. Kalau gagal bayar balikleveragetadi, ada caj denda pula. Itu riba.
  3. Wujudnya ketidaktentuan. Dalam kewangan Islam, kenaclearbab-bab transaksi ini. Kalau forex trading, tak jelas. Entahplatformitu bagaimana. Siapa penyelia bab undang-undang dan sebagainya. Barangan yang kita beli itu pun, hanya atas talian. Tak tentu, betul ke ada barang itu? Dalam kewangan Islam, barangan itu mesti wujud (depan). Kalau tak wujud secara fizikal, mesti ada dokumen sah yang menunjukkan kita sudah memiliki barangan itu (nak menolak ragu-ragu). Sebab kewangan Islam menolak ketidaktentuan.
  4. Ada unsur judi. Naik turunnya nilai mata wang ini, bukanlah atas kawalan kita. Tapi untung dan rugi itu hanya bergantung kepada spekulasi kita saja. Ia sama dengan judi sebab, kita bertaruh atas wang. Mendapat keuntungan, di atas kerugian orang lain.

Ini sebab-sebab yang fatwa negeri Perlis lampirkan atas pengharamannya forex trading online ini.

JAKIM dan Maybank Islamic juga memakai pandangan yang sama.Haram. Sebab adanya riba, ketidaktentuan (gharar), dan judi. Boleh rujuk laman webMaybankini,

Jadi, sudah ada tiga pihak yang mengatakan ianyaharam. Sebab wujud perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak.

Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUI) ada hurai halal dan haram pasal forex trading online ini. Ada keadaan, ianyaharam. Ada keadaan, ianya boleh jadiharus. Ia bergantung kepada bagaimana seseorang itu main forex exchange trading tersebut.

MUI kata transaksi forex trading online yang spot (serta-merta) boleh danharushukumnya. Sebab barang itu secara terus dan tidak ada unsur penipuan. Sebab apa? Sebab sebelum transaksi itu, mestilah si pembeli sudah yakin dan cukup maklumat tentang apa yang hendak dibeli. Jadi, transaksi itu berlaku dengan kerelaan. Dua belah pihak bersetuju. Tak ada unsur penipuan di sini.

Selain itu, MUI kataharambila adanya riba dan sebagainya. Riba boleh berlaku dalamleverage. Pinjaman itu kalau tiada bunga, tiada masalah (qardhu hasan). Kalauleverageitu ada bunga, makaharam. Jelas. Setiap aspek, ada riba, ketidaktentuan, dan judi,haramlah ia.

Kesimpulan

Penulis nak minta maaf kalau ada dalam kalangan pembaca yang terasa. Tapi kenaclearbab ini. Dalam kewangan Islam, nak transaksi yang halal. Kena bebas daripada 3 ini:

  1. Riba (bunga)
  2. Gharar (ketidaktentuan)
  3. Maisir (judi)

Kalau dapat elak 3 ini, makaharuslah hukumnya apa-apa transaksi sekalipun. Sebab, kaedah fiqh kata,asal sesuatu itu harus sehingga ada sebab yang mengatakan ianyaharam. Jadi, 3 perkara itu, adalah unsur pengharamannya.

Kalau bab pertukaran wang asing (bai sarf), mestilah penuhi 3 syarat ini juga:

  1. Penjual-pembeli hadir
  2. Akad jual beli
  3. Barangan (penyerahan yang serta-merta)

Kalau tak penuhi ketiga-tiga syarat di atas, boleh berlaku ketidaktentuan. Contoh, barangan itu tidak diserahkan serta-merta, atau tak ada bukti pembelian itu. Maka, berlakulah ketidaktentuan. Takconfirmkita memiliki. Hanya atas bayangan saja.Haram.

Hukum forex?Harus. Pertukaran mata wang asing.

Hukum forex trading? Menurut penelitian penulis, penulis rela akur dengan fatwa kebangsaan dan juga pakar-pakar kewangan Islam. Hukumnya,haram. Ketidaktentuan yang besar. Riba daripada pembayaran itu dan pembayaran ini. Spekulasi yang menguntungkan diri dan merugikan pihak lain.

Pada penulis,haram.

Tapi penulis tak mahu pukul rata semua orang. Mungkin ada pakar forex di luar sana yang begitu yakin dengan apa yang dia buat, dia berasa dia dapat elak daripada segala unsur-unsur yang menentang syarak. Maka,harusbaginya. Tetapi, jangan yakin dengan perkara yang tidak jelas. Biarlah kalian mempunyai hujah yang kukuh. Jangan main redah saja. Takut apa yang kita nak jawab di hadapan Allah nanti.

Nasihat penulis, lebih baik tutupkan saja jalan untuk ke arah yang terdedah dengan segala unsur kebinasaan. Itu lebih selamat untuk harta kita, agama kita.

Mudah-mudahan.

Comments