PERMOHONAN BAIKS 2023 (Bantuan Industri Kecil Sederhana Sabah)

Comments · 80 Views

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan((DIDR)) ada menyediakan Bantuan kepada Perniagaan Kecil dan Sederhana yang dikenali BAIKS. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan dan maklumat mengenai bantuan ini, semoga membantu.

APA ITU BAIKS

BAIKS adalah salah satu inisiatif Kerajaan untuk merangsang pertumbuhan industri kecil dan sederhana (IKS) di Sabah. Program ini bertujuan untuk membina kapasiti, daya tahan dan daya saing usahawan IKS di Sabah melalui bantuan dalam bentuk geran.

JENIS BANTUAN DITAWARKAN BAIKS

Bantuan yang di tawarkan terdiri dari 4 kategori berikut:

  • mesin dan kelengkapan,
  • pembungkusan,
  • Francais
  • e-dagang/digital

JENIS PERNIAGAAN YANG LAYAK PERMOHONAN BAIKS

Berikut adalah merupakan jenis perniagaan yang layak memohon:

  • Semua syarikat Industri Kecil dan Sederhana dalam sektor pembuatan yang melibatkan produk makanan berbungkus, bukan makanan dan kraftangan.
  • Permohonan bantuan pembelian bahan mentah dan modal pusingan tidak akan dipertimbangkan.
  • Bantuan ini tidak merangkumi kategori pelancongan, penjaja, petani, nelayan dan penternak.
  • Permohonan dari kategori professional dan kontraktor tidak akan dipertimbangkan.

SYARAT KELAYAKAN BAIKS

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan kepada IKS:

  1. IKS dari sektor pembuatan.
  2. Mempunyai Lesen Perniagaan yang sah.
  3. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia berasal dari Sabah.
  4. Perniagaan yang beroperasi di Sabah sahaja.
  5. Keutamaan kepada syarikat yang mempunyai premis.
  6. Memberi perhatian kepada petunjuk prestasi seperti jualan, kapasiti pengeluaran, premis perniagaan, bilangan pekerja, persijilan dan kualiti pembungkusan.
  7. Usahawan yang pernah mendapat bantuan tidak dibenarkan untuk memohon dalam kategori yang sama tetapi dibenarkan untuk memohon dalam kategori yang berlainan.

TARIKH PERMOHONAN BAIKS

Permohonan bantuan ini mulai dibuka sekarang sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 Mei 2023

CARA DAFTAR DIDR

Untuk membuat PENDAFTARAN USAHAWAN BARU DIDR,sila klikdisini

Langkah-Langkah Permohonan BAIKS

  • 1) Sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat di atas.
  • 2) Sila tekan tab Mohon dan masukkan nombor IC anda.
  • 3) Setelah masukkan nombor IC sila tekan butang Daftar.
  • 4) Masukkan segala data di borang online DIDR.
  • 5) Tekan butang Hantar.
  • 6) Jangan LUPA untuk muat naik kertas kerja anda dan lampiran-lampiran yang berkenaan sekali denga kertas kerja anda dalam format PDF.

CARA PERMOHONAN BAIKS

Para usahawan IKS yang berkelayakan adalah dipelawa untuk membuat permohonan dengan dengan cara berikut :

  1. Memohon melalui Portal BAIKS onlinehttps://smedidr.com.my/
  2. Klik butang Daftar.
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang Seterusnya.
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Klik Mohon BAIKS.
  6. Buat permohonan sehingga selesai.

MAKLUMAT LANJUT PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut mengenai BAIKS, sila layari laman web rasmi DIDR di pautanhttps://smedidr.com.my/.

Comments