guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Peminat ketum tarik nafas lega dengan jawapan yang diberi Menteri Kesihatan baharu

25 Dec 2023 · omiyou network · 3,831 views

“Pada masa kini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyenaraikan ketum atau alkaloidnya ke dalam Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Memetik Malaysiakini, beliau menjawab soalan lisan yang diajukan Menteri Besar Kedah dan Anggota Parlimen Merbok Mukhriz Mahathir yang bertanya bagaimana tanaman ketum ini dapat dikawal bagi mengelakkan penyalahgunaannya dan adakah kerajaan akan meminda undang-undang berkait ketum untuk disenaraikan di bawah Akta Dadah Berbahaya.

Dr Dzulkefly berkata kementerian kesihatan sedang dalam proses meminda Akta Racun 1952 bagi mengawal penanaman, pemilikan dan pengedaran ketum.

“Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam proses meminda Akta 366 bagi merangkumi kawalan ke atas tumbuhan psikoaktif seperti pokok ketum.

“Pindaan ini akan memperuntukkan larangan ke atas aktiviti perladangan, penanaman, pengimportan, pengeksportan, pembekalan, penjualan dan pemilikan tumbuhan psikoaktif seperti pokok ketum.

“Larangan berkaitan pengambilan ketum juga akan diperuntukkan untuk mengekang penyalahgunaannya.

“Peruntukan hukuman yang lebih deteren bagi kesalahan-kesalahan berkaitan ketum juga akan diperuntukkan,” jelasnya.

Bagaimanapun, menurut Dzulkefly penanaman ketum boleh dipertimbang bagi tujuan penyelidikan dan perubatan.

“Peruntukan kawalan ke atas penanaman ketum yang dicadangkan bukanlah bersifat larangan mutlak.

“Penanaman boleh dipertimbangkan untuk tujuan tertentu seperti tujuan penyelidikan dan perubatan.

Elak salah guna

“Peraturan-peraturan berkaitan penanaman ketum akan diwujudkan bagi memastikan terdapat kawalan yang jelas bagi mengelakkan penyalahgunaannya,” katanya lagi.

Pada April 2015, pentadbiran BN pernah membentangkan Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 2014) untuk menyenaraikan daun ketum dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya yang turut menyenaraikan tanaman lain seperti pokok kanabis, popi dan koka.

Timbalan menteri kesihatan ketika itu Dr Hilmi Yahaya telah membentangkan pindaan tersebut bagi bacaan kali kedua di parlimen.

Bagaimanapun, laporan Bernama pada November 2015 menyatakan pembentangan itu ditarik balik kerana terdapat bantahan terhadap cadangan takrifan penyalahgunaannya kerana dikhuatiri boleh berlaku penganiayaan kepada penduduk kampung, yang menanam dan menggunakan bahan itu untuk tujuan perubatan dan kesihatan diri.

Timbalan menteri dalam negeri pada waktu itu, Nur Jazlan Mohamed dipetik berkata kerajaan memerlukan masa untuk menyediakan takrifan perundangan baru bagi daun ketum.

More articles

Multi-channel Physiological Recorder Market to Reach USD 1.72 Billion by 2034 at 5.7% CAGR as Advanced Patient Monitorin

30 Oct 2026

According to a report by IntelMarketResearch, the global Multi-channel Physiological Recorder Market was valued at USD 1,046.0 million in 2025 and is estimated to reach U…

CRM Best Practices: 12 Strategies to Improve Customer Relationships and Sales

29 Oct 2026

Discover 12 CRM best practices to improve data quality, sales processes, customer relationships, automation, and CRM adoption for long-term business growth.

Apple’s iPhone Duo Faces Backlash As Users Report Cracks On Folding Screen

28 Oct 2026

Apple’s first foldable smartphone, the iPhone Duo, is facing criticism from early buyers after reports of cracks appearing along its folding display.

Detective Agency in Delhi: Green Flags and Red Flags to Spot Before You Hire

24 Oct 2026

Green flags and red flags to check before hiring a detective agency in Delhi, Gurugram, Noida, Chandigarh or Rajasthan.

Omiyou Premium Ads
Coming soon