guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Seorang Pesara rugi lebih RM160,000 ditipu "phone scam"

6 Apr 2026 · omiyou network · Crime · 634 views

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 23 Nov tahun lepas, mangsa yang berusia 64 tahun telah menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai polis dan pendakwa raya.

Beliau berkata suspek mendakwa mangsa yang berasal dari daerah Kuala Terengganu terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan bakal berdepan dengan tindakan undang-undang. 

"Suspek mengarahkan mangsa supaya membuat pinjaman peribadi berjumlah RM130,000 untuk membayar kos penyelesaian kes tersebut.

"Suspek mengugut bahawa keselamatan anak-anak mangsa berada dalam bahaya sekiranya dia tidak mengikut arahan yang diberi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata setelah pinjaman diluluskan, mangsa telah membuat tiga kali bayaran berjumlah RM36,000 ke tiga akaun berbeza seperti diarahkan suspek.

Bagaimanapun, katanya, mangsa mendapati terdapat tiga pindahan wang berjumlah RM129,900 dari akaun mangsa ke tiga akaun tidak dikenali dalam tempoh 30 Dis 2025 hingga 15 Mac lepas tanpa kebenaran.

"Mangsa mengesyaki bahawa suspek telah mendaftar, mengaktif dan mengakses perbankan secara dalam talian menggunakan nama mangsa tanpa kebenaran.

"Mangsa membuat laporan polis pada 1.21 tengah hari semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya. 

More articles

Which Legal Problems Can Property Lawyers in Delhi Solve Effectively

6 Jul 2026 · Crime

One of the biggest concerns while purchasing any property is confirming whether the seller has legal ownership.

Top 10 Questions to Ask Criminal Lawyers in Delhi Before Hiring Them

3 Jul 2026 · Crime

Here are the top 10 questions you should ask before hiring a criminal lawyer.

Tiga dipanggil bantu siasatan kes murid didakwa dibuli di asrama tenom

23 Jun 2026 · Crime

KOTA KINABALU: Polis telah memanggil tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang murid perempuan yang dipercayai menjadi mangsa buli di sebuah asrama sekol…

Wanita ditahan polis rampas air dan daun ketum di Putatan

23 Jun 2026 · Crime

PENAMPANG: Seorang wanita tempatan ditahan selepas polis merampas sejumlah cecair dan daun disyaki ketum dalam satu serbuan di Kampung Ulu Seberang, Putatan, pada Jumaat…

Omiyou Premium Ads
Coming soon