guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

1,000 liter diesel, dua kenderaan dirampas di Lahad Datu

6 Apr 2026 · omiyou network · Crime · 676 views

Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam itu, dua lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an turut ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti penyelewengan bahan kawalan berkenaan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Lahad Datu, Azizul Amran berkata, operasi dijalankan bagi memastikan pematuhan larangan penjualan petrol RON95 serta memantau aktiviti di stesen minyak sekitar daerah itu.

Katanya, ketika pemeriksaan di sebuah stesen minyak, pihaknya mengesan dua suspek sedang mengisi minyak diesel ke dalam tong drum yang diletakkan di atas dua kenderaan pacuan empat roda.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit kebenaran bagi pengisian diesel berkenaan.

“Susulan itu, kedua-duanya ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas dua kenderaan pacuan empat roda yang digunakan dalam kegiatan berkenaan.

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan termasuk diesel dan kenderaan adalah sebanyak RM117,150,” katanya.

Azizul berkata, KPDN akan terus mempergiatkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan bagi membanteras sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan di daerah ini.

“Orang ramai diminta menyalurkan maklumat sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan ini melalui saluran rasmi KPDN,” katanya.

More articles

Which Legal Problems Can Property Lawyers in Delhi Solve Effectively

6 Jul 2026 · Crime

One of the biggest concerns while purchasing any property is confirming whether the seller has legal ownership.

Top 10 Questions to Ask Criminal Lawyers in Delhi Before Hiring Them

3 Jul 2026 · Crime

Here are the top 10 questions you should ask before hiring a criminal lawyer.

Tiga dipanggil bantu siasatan kes murid didakwa dibuli di asrama tenom

23 Jun 2026 · Crime

KOTA KINABALU: Polis telah memanggil tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang murid perempuan yang dipercayai menjadi mangsa buli di sebuah asrama sekol…

Wanita ditahan polis rampas air dan daun ketum di Putatan

23 Jun 2026 · Crime

PENAMPANG: Seorang wanita tempatan ditahan selepas polis merampas sejumlah cecair dan daun disyaki ketum dalam satu serbuan di Kampung Ulu Seberang, Putatan, pada Jumaat…

Omiyou Premium Ads
Coming soon