guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Masih Gagal Kemuka Dokumen Pengenalan Diri, Nico Mengaku Tidak Bersalah di Mahkamah Sesyen Khas PATI

4 Apr 2026 · omiyou network · Education · 520 views

Tertuduh, Mohd Nico Ansoy, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen 7, Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda, tertuduh sebelum ini ditahan dalam satu operasi cegah jenayah oleh pasukan Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di kawasan One Borneo Mall, Jalan Sulaman pada 15 Mac lalu, kira-kira jam 3 petang.

“Semasa operasi dijalankan, pihak polis telah menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan dan gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah,” katanya di sini, semalam.

Susulan itu, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana berada di Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah.

ACP Kasim berkata, beberapa individu berkaitan turut dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan, selain semakan lanjut dilakukan termasuk mendapatkan laporan daripada Jabatan Imigresen Malaysia serta pemeriksaan forensik pergigian bagi menentukan umur sebenar subjek.

Kertas siasatan kemudiannya dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada 31 Mac lalu dan arahan tuduh telah diperoleh.

Mahkamah menetapkan 30 April 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes bagi pra-perbicaraan.

“Tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin, manakala pihak peguam memohon sebutan semula kes pada 6 April ini bagi permohonan ikat jamin,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak polis akan terus memberi kerjasama sepenuhnya dalam proses perundangan yang sedang berjalan serta menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan prosiding mahkamah.

More articles

Best DevOps Course in Pune at SevenMentor

27 Oct 2026 · Education

Are you looking to build a successful career in the IT industry? Enrolling in a DevOps course in Pune can help you develop the technical skills required for modern softwa…

BIS Certification for Smartphone Screen Protectors – IS 19348:2025

26 Oct 2026 · Education

SS Global Services provides expert consultancy for BIS certification of smartphone screen protectors under IS 19348:2025. Manufacturers, importers and brands can get assi…

AI Transformation Consulting Services: A Practical Guide

23 Oct 2026 · Education

Explore the role, benefits, and processes of AI transformation consulting services for businesses seeking intelligent growth in 2024 across industries today.

Best College for Girls in Jaipur: Courses, Facilities, Admissions, and Career Growth

22 Oct 2026 · Education

Choosing the right college is an important step towards building a successful future. For students planning to continue their education after Class 12, finding the best c…

Omiyou Premium Ads
Coming soon