Lelaki Ini Mendakwa Kentutnya Mampu Sembuhkan Segala Penyakit, Hingga Ramai Sanggup Beratur Untuk Dirawat

Comments · 845 Views

Lelaki Ini Dakwa Kentutnya Mampu Sembuhkan Segala Penyakit, Hingga Ramai Sanggup Beratur Untuk Dirawat

Kentut mampu sembuhkan penyakit? Betul ke?

Seorang paderi di Cape Town, Afrika Selatan mendakwa mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dengan hanya kentut di hadapan muka pesakit yang datang menemuinya.

Daily voice melaporkan, Christ Penelope dari Bandar Siyandani, Limpopo berkata, dia bukan sekadar kentut di hadapan pesakit tetapi memberikan mereka “kesembuhan” kepada setiap pesakit yang dirawatnya.

“Bukan hanya kentut semata-mata, saya sembuhkan mereka,” tegasnya.

Kaedah penyembuhan Penelope bagaimanapun mendapat tentangan dari beberapa paderi lain yang beranggapan perbuatannya mencemarkan nama baik gereja.

“Gereja adalah tempat yang suci. Perbuatan ini bertentangan dengan kepercayaan agama kami,” kata paderi di gereja SevenFold Holy Spirit.

Meskipun kaedah yang dibuat paderi ini luar dari kebiasaan namun ramai penduduk tempatan yang mempercayai paderi tersebut malah sanggup beratur lama menunggu giliran untuk mendapatkan perkhidmatannya.

Ada yang sanggup menunggu sehingga dua bulan dalam senarai berjumpa Penelope semata-mata mahu mendapatkan rawatan kentut yang disediakannya.

paderi di Cape Town, Afrika Selatan mendakwa mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dengan hanya kentut di hadapan muka pesakit yang datang menemuinya.

sumber: Daily Voice

 

Comments