guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

DBKK Robohkan 23 Struktur Haram Dibina di Taman Bukit Sepanggar

3 Apr 2026 · omiyou network · Crime · 701 views

Operasi yang dijalankan melalui Jabatan Penguatkuasaan DBKK itu dilaksanakan susulan aduan orang awam mengenai kewujudan penempatan setinggan menggunakan kem terpal di kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan DBKK, operasi bermula sekitar jam 1.45 petang dengan penglibatan 11 anggota penguat kuasa yang diketuai Pengarah Jabatan Penguatkuasaan, selain dibantu enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Balai Manggatal dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), diketuai Sarjan Teddy.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 23 struktur sementara dibina menggunakan kanvas dan batang kayu di kawasan berbukit serta curam, dipercayai dijadikan tempat persembunyian bagi mengelak tindakan penguatkuasaan terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI),” menurut kenyataan itu.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati kawasan terbabit tidak mempunyai sebarang kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik, selain berada dalam keadaan tidak terurus, tidak selamat untuk didiami serta berisiko dari aspek keselamatan dan kebersihan.

Sehubungan itu, DBKK dengan kerjasama PDRM telah mengambil tindakan meroboh dan mengalihkan kesemua struktur haram berkenaan.

Dalam operasi sama, pihak PDRM turut menjalankan pemeriksaan dokumen dan menahan seorang lelaki dewasa bagi tujuan siasatan lanjut mengikut bidang kuasa polis.

Operasi berkenaan berakhir sekitar jam 6.00 petang dalam keadaan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

DBKK menegaskan akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan kawasan bandar raya bebas daripada penempatan haram, di samping memelihara keselamatan, kesejahteraan awam serta kelestarian persekitaran selaras dengan aspirasi bandar raya pintar dan lestari.

More articles

Which Legal Problems Can Property Lawyers in Delhi Solve Effectively

6 Jul 2026 · Crime

One of the biggest concerns while purchasing any property is confirming whether the seller has legal ownership.

Top 10 Questions to Ask Criminal Lawyers in Delhi Before Hiring Them

3 Jul 2026 · Crime

Here are the top 10 questions you should ask before hiring a criminal lawyer.

Tiga dipanggil bantu siasatan kes murid didakwa dibuli di asrama tenom

23 Jun 2026 · Crime

KOTA KINABALU: Polis telah memanggil tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang murid perempuan yang dipercayai menjadi mangsa buli di sebuah asrama sekol…

Wanita ditahan polis rampas air dan daun ketum di Putatan

23 Jun 2026 · Crime

PENAMPANG: Seorang wanita tempatan ditahan selepas polis merampas sejumlah cecair dan daun disyaki ketum dalam satu serbuan di Kampung Ulu Seberang, Putatan, pada Jumaat…

Omiyou Premium Ads
Coming soon