guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Penunggang motosikal maut dirempuh kereta pacuan empat roda

31 Mar 2026 · omiyou network · Trending Today · 560 views

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa lelaki berusia 29 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan akibat kecederaan parah yang dialami.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 2.30 petang sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan pacuan empat roda jenis pikap dan sebuah motosikal.

“Pada masa kejadian, pemandu pikap berusia 45 tahun dalam perjalanan dari Sin On menuju ke Lapangan Terbang Tawau.

“Apabila tiba di lokasi, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai keluar dari arah kiri jalan dan memasuki laluan hadapan pikap berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat jarak yang terlalu dekat, pemandu pikap tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal berkenaan pada bahagian tepi sebelah kanan.

Menurutnya, impak pelanggaran menyebabkan penunggang motosikal bersama kenderaannya tercampak ke laluan bertentangan sebelum terjatuh ke dalam longkang di bahu kiri jalan.

“Pemandu pikap tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

Jasmin menasihatkan semua pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal agar sentiasa memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum memasuki jalan utama bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

More articles

Raja Mohammed VI Mempengerusikan Majlis Pelantikan Kerajaan Baharu

17 Oct 2026 · Trending Today

Rabat – Raja Mohammed VI, semoga Allah memberikan pertolongan kepada Baginda,

Dr Siti Hasmah meninggal dunia di IJN

28 Sep 2026 · Trending Today

Kuala Lumpur: Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.

Spirit Airlines Oakland Office – Customer Service Guide

9 Sep 2026 · Trending Today

The Spirit Airlines Oakland Office is committed to providing professional assistance and helping travelers enjoy a convenient, comfortable, and organized travel experienc…

Best Vastu Tips for Home 2026 for Wealth & Positivity

13 Aug 2026 · Trending Today

Best Vastu Tips for Home 2026 for Wealth & Positivity

Omiyou Premium Ads
Coming soon