guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Hajiji dilantik Andrew Sheng sebagai Penasihat Khas

28 Mar 2026 · omiyou network · Education · 471 views

Mengumumkan pelantikan itu, Hajiji berkata pengalaman luas serta kelayakan kukuh Sheng akan menjadi aset kepada Sabah.

“Kami menantikan sumbangannya, khususnya dalam sektor ekonomi dan pelaburan,” kata Hajiji selepas bertemu Sheng di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, hari ini.

Warganegara Malaysia yang dibesarkan di Sabah pada awal 1960-an, Sheng yang berpangkalan di Hong Kong pernah memegang beberapa jawatan penting dalam institusi perbankan dan pelaburan di Asia dan merupakan penceramah ekonomi global yang kerap diundang.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Ekonomi dan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Timbalan Ketua Eksekutif Hong Kong Monetary Authority, Pengurus Kanan di Bank Dunia dan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan, Hong Kong.

Pada masa ini beliau adalah Profesor Khas di Institut Kewangan, Universiti Cina Hong Kong (Kampus Shenzhen) dan merupakan ahli majlis penasihat antarabangsa bagi Pentadbiran Pengawalseliaan Kewangan Nasional China (NFRA), Suruhanjaya Sekuriti China (CSRC) dan Perbadanan Pelaburan China (CIC).

Pada April 2013, Majalah TIME menamakan Sheng sebagai salah seorang daripada 100 orang paling berpengaruh di dunia.

More articles

Best DevOps Course in Pune at SevenMentor

27 Oct 2026 · Education

Are you looking to build a successful career in the IT industry? Enrolling in a DevOps course in Pune can help you develop the technical skills required for modern softwa…

BIS Certification for Smartphone Screen Protectors – IS 19348:2025

26 Oct 2026 · Education

SS Global Services provides expert consultancy for BIS certification of smartphone screen protectors under IS 19348:2025. Manufacturers, importers and brands can get assi…

AI Transformation Consulting Services: A Practical Guide

23 Oct 2026 · Education

Explore the role, benefits, and processes of AI transformation consulting services for businesses seeking intelligent growth in 2024 across industries today.

Best College for Girls in Jaipur: Courses, Facilities, Admissions, and Career Growth

22 Oct 2026 · Education

Choosing the right college is an important step towards building a successful future. For students planning to continue their education after Class 12, finding the best c…

Omiyou Premium Ads
Coming soon