guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Pembelian petrol, diesel untuk kegunaan selain tangki asal kenderaan perlu permit khas - KPDN

26 Mar 2026 · omiyou network · NewsPaper · 591 views

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam (gambar) berkata syarat itu ditetapkan bagi mengelakkan barang kawalan dan bersubsidi seperti petrol dan diesel diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Pembelian menggunakan Permit Khas ini adalah untuk kuantiti 20 liter ke atas sahaja dan berdasarkan kepada harga pam semasa di stesen minyak.

"Mana-mana pihak yang telah diberi kebenaran untuk membeli minyak petrol dan diesel melalui Permit Khas ini boleh menggunakan tong drum, plastik atau apa-apa bekas yang selamat dan bersesuaian mengikut kuantiti, alamat stesen minyak, tempoh dan kekerapan belian yang telah diluluskan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata permohonan Permit Khas boleh dibuat melalui Sistem Permit Bekalan secara dalam talian menerusi portal https://spb.kpdn.gov.my. 

Permit Khas itu percuma dan terbuka kepada semua pihak yang berkelayakan. 

Beliau berkata terdapat 10 kategori yang layak memohon Permit Khas daripada KPDN iaitu forklift, pengangkutan air, penduduk di kawasan pendalaman dan pulau, pengusaha industri makanan, rekreasi air, pertanian dan penternakan, bantuan kecemasan, penyelenggaraan, pelancongan dan pembinaan berskala kecil.

"Tiada pihak selain pemegang Permit Khas dibenarkan untuk membeli minyak di dalam tong di stesen minyak kecuali untuk kes kecemasan sahaja dan kuantiti dibenarkan adalah di bawah 20 liter sahaja," katanya.

Azman berkata KPDN mengambil maklum tentang isu tular di media arus perdana dan laman  sosial berhubung pengisian petrol ke dalam tong yang berlaku baru-baru ini.

Beliau berkata di bawah peruntukan undang-undang AKB 1961, setiap stesen minyak yang berurusniaga minyak petrol dan diesel dibenarkan menjual bahan api diesel dan semua gred petrol kepada tangki asal kenderaan berkenaan atau yang telah diluluskan oleh agensi berkaitan; dan mana-mana pihak yang mendapat kebenaran Permit Khas dari KPDN di bawah peruntukan undang-undang.

More articles

Perkembangan Terkini dalam Hubungan Maghribi–Sepanyol: Penjelasan daripada Kementerian Luar Negeri Maghribi

11 Sep 2026 · NewsPaper

Rabat – Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kerjasama Afrika dan Rakyat Maghribi di Luar Negara telah memberikan penjelasan mengenai perkembangan terkini dalam hubungan an…

The Home AB

2 Jul 2026 · NewsPaper

The Home ABThe Home ABThe Home ABThe Home ABThe Home ABThe Home AB

Punjabi News Portal

26 Jun 2026 · NewsPaper

Punjabi News Portal Aj Di Awaaj Channel is a vigorous Punjabi news and media channel based on providing reliable, timely and community oriented news and content. The chan…

Mostbet Casino

12 Jun 2026 · NewsPaper

Mostbet Casino PL — logowanie to jak przekroczenie progu cyfrowego teatru, w którym każda gra odgrywa własny scenariusz.

Omiyou Premium Ads
Coming soon