guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Kes pecah rumah semakin berleluasa, LDP gesa penduduk lebih berwaspada

26 Mar 2026 · omiyou network · Crime · 563 views

Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Api-Api, Sim Fui berkata, satu kes pecah rumah dilaporkan pada 22 Mac lalu di kawasan Likas.

Menurutnya, situasi semakin membimbangkan apabila tiga lagi rumah dipecah masuk pada 24 Mac dalam tempoh masa hampir sama di kawasan berhampiran.

“Corak kejadian itu menimbulkan kebimbangan wujudnya aktiviti jenayah terancang yang memerlukan tindakan segera pihak berkuasa.

“Keselamatan penduduk perlu diberi keutamaan, insiden ini amat membimbangkan dan memerlukan tindak balas segera serta penyelarasan antara pihak berkuasa dan komuniti,” katanya.

 Kelibat penjenayah yang cuba memecah masuk salah sebuah kediaman di kawasan Likas.
CCTV: Kelibat penjenayah yang cuba memecah masuk salah sebuah kediaman di kawasan Likas.

Sim Fui menggesa penduduk khususnya di kawasan perumahan di kawasan Likas supaya lebih berwaspada serta memperketat langkah keselamatan kediaman masing-masing.

Katanya, antara langkah yang perlu diambil termasuk memastikan semua pintu pagar, pintu dan tingkap dikunci rapi, menyalakan lampu luar pada waktu malam serta peka terhadap kehadiran individu atau kenderaan mencurigakan.

Beliau turut menggalakkan pemasangan sistem televisyen litar tertutup (CCTV) bagi meningkatkan tahap keselamatan dan membantu rakaman bukti sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

“Dalam masa sama, pihak LDP sedang berhubung dengan pihak polis bagi memohon peningkatan rondaan di kawasan terjejas.

“Kami sudah menyuarakan keperluan mendesak untuk menambah kehadiran rondaan polis di kawasan perumahan ini bagi mencegah kejadian berulang dan memulihkan keyakinan penduduk,” katanya.

Sim Fui turut menyeru orang ramai supaya memainkan peranan sebagai ‘mata dan telinga’ pihak berkuasa dengan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui Hotline Polis Kota Kinabalu di talian 014-309 4800.

Beliau berharap kerjasama semua pihak dapat membantu memastikan keselamatan kawasan kejiranan terus terpelihara.

More articles

Which Legal Problems Can Property Lawyers in Delhi Solve Effectively

6 Jul 2026 · Crime

One of the biggest concerns while purchasing any property is confirming whether the seller has legal ownership.

Top 10 Questions to Ask Criminal Lawyers in Delhi Before Hiring Them

3 Jul 2026 · Crime

Here are the top 10 questions you should ask before hiring a criminal lawyer.

Tiga dipanggil bantu siasatan kes murid didakwa dibuli di asrama tenom

23 Jun 2026 · Crime

KOTA KINABALU: Polis telah memanggil tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang murid perempuan yang dipercayai menjadi mangsa buli di sebuah asrama sekol…

Wanita ditahan polis rampas air dan daun ketum di Putatan

23 Jun 2026 · Crime

PENAMPANG: Seorang wanita tempatan ditahan selepas polis merampas sejumlah cecair dan daun disyaki ketum dalam satu serbuan di Kampung Ulu Seberang, Putatan, pada Jumaat…

Omiyou Premium Ads
Coming soon