guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Langkah proaktif memastikan bekalan bahan api sentiasa mencukupi

24 Mar 2026 · omiyou network · Social Issues · 558 views

Pertemuan itu memberi tumpuan kepada isu bekalan bahan api di Sabah, khususnya petrol dan diesel, susulan kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya kehabisan stok yang boleh menjejaskan pengguna serta kelangsungan sektor ekonomi negeri.

Armizan dalam pertemuan itu memberi jaminan bahawa kerajaan Persekutuan melalui kementeriannya sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan bekalan bahan api di Sabah kekal mencukupi dan stabil.

Beliau berkata, pemantauan rapi serta penyelarasan berterusan bersama agensi berkaitan akan terus diperkukuh bagi mengelakkan sebarang gangguan bekalan, khususnya di kawasan luar bandar dan sektor kritikal.

Sementara itu, Hajiji menegaskan kepentingan bekalan bahan api yang konsisten bagi menyokong aktiviti ekonomi negeri, termasuk sektor logistik, perikanan dan pertanian yang banyak bergantung kepada penggunaan diesel.

Dalam perkembangan berkaitan, Hajiji turut menerima kunjungan hormat Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Mohd Salim Fateh Din yang memberi taklimat mengenai kemajuan pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Sabah serta inisiatif Bandar Pintar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK Smart City).

Turut hadir Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk James Ratib, Ahli SKMM, Jeneral (B) Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin serta pegawai kanan suruhanjaya itu.

More articles

Why Should You Choose a Mobile Notary Massachusetts for Your Important Documents?

30 Jun 2026 · Social Issues

Looking for a trusted Mobile Notary Massachusetts service? First Choice Notary offers professional, convenient, and reliable mobile notary solutions across multiple state…

Gempa Bumi 7.8 Magnitud Melanda Selatan Pulau Mindanao, Wilayah Sarangani Terjejas Teruk

10 Jun 2026 · Social Issues

MANILA, 9 Jun 2026 – Wilayah Mindanao di selatan Filipina dilanda salah satu bencana seismik paling buruk dalam tempoh setengah abad apabila gempa bumi kuat bermagnitud 7…

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas diperkukuh penguatkuasaan di Sabah, Labuan

20 Apr 2026 · Social Issues

KOTA KINABALU: Penubuhan Pasukan Petugas Khas Ops Tiris 4.0 Bersepadu Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan antara lain akan memberi fokus utama kepada pelaksanaan aktivit…

MCMC pulihkan 14 menara komunikasi akibat kegiatan vandalisme

15 Apr 2026 · Social Issues

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan sebanyak 14 menara komunikasi yang terjejas akibat aktiviti vandalisme di Bukit Pilah, Ne…

Omiyou Premium Ads
Coming soon