guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Anak Dibaham Buaya Depan Bapa Ketika Menjala Udang di Kinabatangan

18 Mar 2026 · omiyou network · Trending Today · 486 views

Dalam kejadian kira-kira jam 8.22 malam itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Rayyan Abdullah, 28, dilaporkan disambar reptilia berkenaan secara tiba-tiba ketika berada di sungai bersama bapanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, PPgB Hairi Otuh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan pada jam 8.22 malam sebelum empat anggota dari BBP Kinabatangan digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 30 kilometer dari balai.

“Maklumat awal di lokasi mengesahkan seorang mangsa lelaki dibaham buaya ketika menjala udang di sungai berkenaan, dan kejadian itu disaksikan oleh bapanya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, operasi SAR segera dilancarkan sebaik pasukan tiba di lokasi pada jam 9.10 malam bagi mengesan mangsa yang masih belum ditemui setakat ini.

Operasi diketuai oleh PBK I Jasmani Osni dengan kekuatan empat anggota menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis VIGO.

“Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

More articles

Raja Mohammed VI Mempengerusikan Majlis Pelantikan Kerajaan Baharu

17 Oct 2026 · Trending Today

Rabat – Raja Mohammed VI, semoga Allah memberikan pertolongan kepada Baginda,

Dr Siti Hasmah meninggal dunia di IJN

28 Sep 2026 · Trending Today

Kuala Lumpur: Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.

Spirit Airlines Oakland Office – Customer Service Guide

9 Sep 2026 · Trending Today

The Spirit Airlines Oakland Office is committed to providing professional assistance and helping travelers enjoy a convenient, comfortable, and organized travel experienc…

Best Vastu Tips for Home 2026 for Wealth & Positivity

13 Aug 2026 · Trending Today

Best Vastu Tips for Home 2026 for Wealth & Positivity

Omiyou Premium Ads
Coming soon