guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

ini Latar Belakang Keluarga Niko (Pelajar Sekolah Alternatif) Juga Tiada Dokumen Sah – PDRM

18 Mar 2026 · omiyou network · Social Issues · 876 views

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, hasil siasatan lanjut mendapati suspek berusia 19 tahun itu bukan sahaja gagal mengemukakan dokumen sah, malah berasal daripada keluarga yang turut berdepan isu sama.

Menurutnya, suspek juga dikenal pasti sebagai pelajar di sebuah sekolah alternatif di kawasan Teluk Layan yang menempatkan pelajar tanpa dokumen diri.

“Susulan tangkapan, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam kejadian pada 15 Mac lalu kira-kira jam 3 petang, sepasukan anggota Task Force dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menjalankan Ops Cegah Jenayah, Ops Lejang dan Ops Poket di kawasan One Borneo Mall, Jalan Sulaman.

Semasa operasi itu, suspek ditahan selepas gagal memberikan dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah selain enggan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.

Syed Lot berkata, beberapa individu berkaitan turut dipanggil bagi membantu siasatan dan perbualan mereka telah dirakam.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada 16 Mac 2026 dan arahan lanjut telah diterima termasuk pemeriksaan gigi bagi menentukan umur sebenar suspek serta mendapatkan laporan Jabatan Imigresen untuk pengesahan status,” katanya.

Tambah beliau, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 17 Mac 2026 dengan dua penjamin tempatan sementara siasatan lanjut dilengkapkan.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan serta sentiasa mematuhi undang-undang dengan memastikan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

More articles

Why Should You Choose a Mobile Notary Massachusetts for Your Important Documents?

30 Jun 2026 · Social Issues

Looking for a trusted Mobile Notary Massachusetts service? First Choice Notary offers professional, convenient, and reliable mobile notary solutions across multiple state…

Gempa Bumi 7.8 Magnitud Melanda Selatan Pulau Mindanao, Wilayah Sarangani Terjejas Teruk

10 Jun 2026 · Social Issues

MANILA, 9 Jun 2026 – Wilayah Mindanao di selatan Filipina dilanda salah satu bencana seismik paling buruk dalam tempoh setengah abad apabila gempa bumi kuat bermagnitud 7…

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas diperkukuh penguatkuasaan di Sabah, Labuan

20 Apr 2026 · Social Issues

KOTA KINABALU: Penubuhan Pasukan Petugas Khas Ops Tiris 4.0 Bersepadu Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan antara lain akan memberi fokus utama kepada pelaksanaan aktivit…

MCMC pulihkan 14 menara komunikasi akibat kegiatan vandalisme

15 Apr 2026 · Social Issues

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan sebanyak 14 menara komunikasi yang terjejas akibat aktiviti vandalisme di Bukit Pilah, Ne…

Omiyou Premium Ads
Coming soon