guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Cadangan Had Tempoh Jawatan Perdana Menteri Dibentang di Parlimen

23 Feb 2026 · omiyou network · News and Politics · 554 views

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, RUU itu memperuntukkan tahun perkhidmatan bagi mana-mana Perdana Menteri dan bukan ditentukan berdasar tempoh penggal Parlimen.

"Siapa mahu jadi Perdana Menteri (selepas ini), dia tak boleh lebih daripada 10 tahun. Jadi yang mana kita buat dalam pindaan perlembagaan ini, dia juga (mengambil) kira kepada tahun-tahun dia sudah berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

"Maknanya juga, ia dikira ke belakang (rekod sebelum ini). Jadi Perdana Menteri yang ada hari ni, kalau katakan PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim), dia menang lagi Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-16, dia nak jadi Perdana Menteri sekali lagi, boleh.

"Tapi kalau dikira dari tahun, dia tinggal (baki) tujuh tahun saja, bukannya mahu bagi dia 10 tahun lagi, tidak. Mungkin Tan Sri Muhyiddin (Yasin), kalau jadi Perdana Menteri lagi sebab dia menang, mungkin dia tinggal lapan tahun. Kemudian, Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) mungkin tinggal sembilan tahun," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi taklimat mengenai RUU pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri di Dewan Bankuet Parlimen di sini, hari ini.

Sesi taklimat itu turut dihadiri Ahli-ahli Parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, pindaan dibuat bagi memenuhi komitmen janji manifesto PRU lalu dan jika pada masa depan, ia mahu dikembalikan kepada kaedah sekarang, terpulang kepada kerajaan seterusnya nanti.

"Perlembagaan boleh dipinda. Kerajaan seterusnya yang mempunyai majoriti dua pertiga boleh meminda undang-undang. Malah tempoh jawatan juga boleh diubah semula dan mereka boleh buat jika mahu Perdana Menteri pada hari ini kekal selama-lamanya.

"Jika kamu mempunyai undi sokongan dua pertiga atau lebih di Parlimen, kamu boleh melakukan apa sahaja terhadap Perlembagaan. Apa kita lakukan, kerajaan ini bersama rakan-rakan gabungan sedang membawa kepada rakyat apa yang kita janjikan dalam manifesto PRU ke-15 lalu.

"Dalam manifesto, ada parti mencadangkan dua penggal, ada parti yang mencadangkan sepuluh tahun. Jadi pada asasnya, kerajaan sedang melaksanakan apa yang sudah dijanjikan atau terkandung dalam manifesto. Tetapi, kerajaan seterusnya dengan majoriti baru, masih boleh mengubahnya. Itu sememangnya prerogatif mereka," katanya.

Terdahulu dalam sesi taklimat itu, Azalina memaklumkan pindaan RUU itu hanya membabitkan jawatan Perdana Menteri saja, tidak menyentuh atau mempunyai kaitan langsung dengan jawatan Ketua Menteri dan Menteri Besar kerana ia urusan membabitkan negeri.

Azalina tengahari tadi membentangkan dua Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 1) 2026 dan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 2) 2026, berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri.

More articles

Kenyataan Pejabat Diraja

17 Oct 2026 · News and Politics

Rabat – Berikut ialah kenyataan daripada Pejabat Diraja:

Invest in Land in New Chandigarh for Long-Term Growth

16 Oct 2026 · News and Politics

Jubilee Parkfield New Chandigarh – Premium Plotted Development in Sector 19 & 21, New Chandigarh. 161.55 acres integrated township with Punjab Govt. layout approval.Conta…

HM the King Chairs Opening of 1st Session of 1st Legislative Year of 12th Legislature

13 Oct 2026 · News and Politics

Rabat - His Majesty King Mohammed VI, may God assist Him, accompanied by HRH Crown Prince Moulay El Hassan

HM the King Appoints Fatima Ezzahra El Mansouri as Head of Government, Entrusts Her with Forming New Gov't

30 Sep 2026 · News and Politics

Rabat - His Majesty King Mohammed VI, may God assist Him, received on Tuesday at the Royal Palace in Rabat, Fatima Ezzahra El Mansouri,

Omiyou Premium Ads
Coming soon