guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

MyKad 2026 Lebih Selamat & Berteknologi Tinggi – 5 Fakta Penting Rakyat Malaysia Perlu Tahu

16 Feb 2026 · omiyou network · Community Stories · 1,359 views

Bukan sekadar penggantian kad fizikal, sebaliknya revolusi terbaharu itu merupakan satu penstrukturan semula landskap identiti nasional yang lebih selamat, moden dan bersepadu.

Malah sejak diperkenalkan pada 2001, MyKad kini melalui evolusi besar dengan teknologi penyulitan terkini, ciri biometrik yang dipertingkatkan serta integrasi bersama MyDigital ID.

 

Menurut Kementerian Dalam Negeri, MyKad Generasi Baharu yang dilengkapi ciri keselamatan lebih canggih dapat memastikan identiti rakyat terus terpelihara, seiring keperluan keselamatan semasa dan transformasi digital negara.

"Penambahbaikan ini merangkumi naik taraf reka bentuk dan teknologi keselamatan, termasuk elemen pengesahan digital berlapis bagi membanteras pemalsuan serta penyalahgunaan dokumen pengenalan diri.

"MyKad sedia ada kekal sah digunakan sehingga tarikh luput, dan rakyat tidak perlu melakukan pertukaran secara tergesa-gesa," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Ini lima perincian menarik mengenai MyKad Generasi Baharu

1. Bukan sekadar 'facelift'

MyKad baharu hadir dengan sistem keselamatan menyeluruh, menutup ruang longgar dan mengetatkan akses yang sebelum ini mudah dimanipulasi.

2. Kod QR dan cip lebih berkuasa

Pengesahan identiti lebih pantas secara digital.

Penyulitan moden menjadikan data lebih sukar digodam.

3. Biometrik naik taraf

Boleh simpan 10 cap jari, imbasan wajah dan iris. 

Kalau dulu satu kunci, kini siap 'mangga' dan penggera.

4. MyDigital ID sebagai pelengkap

MyKad kekal identiti fizikal, manakala MyDigital ID jadi pengenalan digital tunggal untuk urusan dalam talian yang berkonsepkan single sign-on bagi perbankan, telekomunikasi, e-dagang dan kesihatan.

5. Sasar 15 juta pendaftaran

Setakat pertengahan Januari 2026, sekitar 8.7 juta rakyat sudah mendaftar MyDigital ID.

More articles

Lebuh Raya Tiznit-Dakhla Dinamakan 'Lebuh Raya Donald J. Trump', Melambangkan Hubungan Saling Menghargai yang

2 Aug 2026 · Community Stories

Rabat – Lebuh Raya Tiznit–Dakhla, yang dinamakan sebagai "Lebuh Raya Donald J. Trump".

Why Farm Land Sale Near Bangalore Is Attracting Smart Investors in 2026

9 Jul 2026 · Community Stories

With expanding infrastructure, increasing demand for open spaces, and the potential for long-term appreciation, farm land near Bangalore has become an attractive choice f…

Why Readers Love The Legend of Fast Eddie as a Classic Truck Driver Story

16 Jun 2026 · Community Stories

Discover why The Legend of Fast Eddie by Herb Griffen is a beloved truck driver novel, featuring adventure, resilience, and an unforgettable journey on the open road.

Farm Land Cost Near Bangalore: Price Trends and Smart Investment Opportunities in 2026

15 Jun 2026 · Community Stories

With the rapid expansion of the city and growing demand for sustainable living, farmland around Bangalore has emerged as one of the most attractive real estate investment…

Omiyou Premium Ads
Coming soon