guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Mayat seorang wanita dikerat: Suspek ditahan tak sampai 24 jam

13 Feb 2026 · omiyou network · Crime · 648 views

Suspek lelaki berusia lingkungan 70-an itu diberkas di sekitar Kota Kinabalu kira-kira jam 5 petang dalam operasi dijalankan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bersama Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Luyang, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Bantuan Teknikal D8 JSJ IPK dan Bukit Aman.

Penahanan dilakukan dalam tempoh kurang 24 jam selepas penemuan bahagian anggota badan mangsa berusia lingkungan 40-an oleh seorang pekerja lori sampah kira-kira jam 6.30 pagi.

Difahamkan, suspek dikenal pasti hasil petunjuk daripada mayat mangsa selepas penemuan kepala dan badan dalam operasi pencarian.

Petunjuk itu membolehkan polis menjejaki lokasi suspek sebelum berjaya menahannya.

Berdasarkan maklumat diperoleh, motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu yang membawa kepada pergaduhan antara suspek dan mangsa sebelum insiden kejam itu berlaku.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

"Suspek lelaki tempatan berusia 70-an berjaya dikesan dan ditahan. Setakat ini motif kejadian dipercayai cemburu. Dengan tertangkapnya suspek utama ini kes berjaya diselesaikan.

"Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Difahamkan, suspek kini ditempatkan di hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut sebelum proses reman dijalankan.

Terdahulu, mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan terpisah apabila beberapa bahagian anggota badannya dijumpai di tempat pembuangan sampah di Taman Indah Permai.

Penemuan awal membabitkan kaki dan tangan manusia berhampiran tempat letak kereta bersebelahan pasar raya berkenaan kira-kira jam 6.30 pagi.

Susulan itu, polis menjalankan pencarian lanjut dengan bantuan pekerja lori sampah.

Hasil pencarian dan siasatan membawa kepada penemuan kepala serta badan mangsa kira-kira jam 11.40 pagi di satu lagi lokasi pembuangan sampah berhampiran Pasaraya Bataras Indah Permai.

Bagaimanapun, setakat jam 12 tengah hari tadi, dua lagi anggota badan masih belum ditemui dan usaha pencarian diteruskan.

More articles

Which Legal Problems Can Property Lawyers in Delhi Solve Effectively

6 Jul 2026 · Crime

One of the biggest concerns while purchasing any property is confirming whether the seller has legal ownership.

Top 10 Questions to Ask Criminal Lawyers in Delhi Before Hiring Them

3 Jul 2026 · Crime

Here are the top 10 questions you should ask before hiring a criminal lawyer.

Tiga dipanggil bantu siasatan kes murid didakwa dibuli di asrama tenom

23 Jun 2026 · Crime

KOTA KINABALU: Polis telah memanggil tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang murid perempuan yang dipercayai menjadi mangsa buli di sebuah asrama sekol…

Wanita ditahan polis rampas air dan daun ketum di Putatan

23 Jun 2026 · Crime

PENAMPANG: Seorang wanita tempatan ditahan selepas polis merampas sejumlah cecair dan daun disyaki ketum dalam satu serbuan di Kampung Ulu Seberang, Putatan, pada Jumaat…

Omiyou Premium Ads
Coming soon