Bayaran Bantuan Aidilfitri RM350 & RM700 akan dikreditkan April kepada seluruh rakyat Malaysia

Comments · 164 Views

Bayaran Bantuan Aidilfitri RM350 & RM700 dikreditkan April kepada seluruh rakyat Malaysia. Bayaran bantuan aidilfitri RM350 dan RM700 adalah merupakan inisiatif berbentuk bantuan tunai yang akan diberikan sebelum hari raya. Untuk makluman, pada sidang Belanjawan 2023, pihak kerajaan te

BANTUAN KHAS SEMPENA AIDILFITRI

Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa perlaksanaan insentif khas sempena perayaan aidilfitri akan diagihkan pada bulan April. Bayaran bantuan aidilfitri RM350 dan RM700 akan diagihkan secara kredit terus ke dalam akaun bank penerima.

Berita baik ini untuk penjawat awam dan golongan pesara kerajaan pada tahun ini. Kategori ini akan menerima pemberian bantuan tunai khas aidilfitri sehingga RM700 pada bulan depan.

Pemberian bonus ini adalah sebagai tanda penghargaan dari kerajaan untuk kakitangan awam yang sentiasa menggalas tanggungjawab bagi perkhidmatan untuk masyarakat.

SENARAI PENERIMA BANTUAN KHAS

Kategori penerima bayaran bantuan RM350 dan RM700 aidilfitri ini adalah seperti berikut :

Pesara kerajaan : Menerima bayaran berjumlah RM350
Penjawat Awam : Menerima bayaran berjumlah RM700.

Kira-kira 1.3 juta golongan penjawat awam gred 56 kebawah akan menerima manfaat bantuan khas ini sempena menyambut raya puasa.

JADUAL BAYARAN BANTUAN

Dimaklumkan bayaran bantuan RM350 sehingga RM700 ini akan dikreditkan sebelum menjelang aidilfitri iaitu bulan April 2023.

Kepada semua penjawat awam gred 56 dan pesara kerajaan yang layak akan menerima bayaran. Bantuan akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank masing-masing untuk meringankan beban pembelanjaan menjelang raya aidilfitri.

INISIATIF LAIN

Pada sidang BELANJAWAN 2023 pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai. Bantuan-bantuan ini dilancarkan adalah bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan terutama golongan b40 dan miskin tegar.

Antara bantuan yang telah diumumkan adalah Sumbangan tunai rahmah (STR), bantuan STR tambahan berbentuk bakul makanan, bantuan lesen memendu percuma, bantuan KWSP RM500, bantuan awal persekolahan dan lain-lain lagi.

Comments