guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

'Sister Hong' ditahan polis, perdaya ratusan lelaki

27 Jul 2025 · omiyou network · Trending Today · 11,615 views

Suspek yang dikenali dengan nama panggilan "Sister Hong" atau "Uncle Red" di platform media sosial menggunakan solekan tebal, rambut palsu dan pakaian wanita untuk memperdaya mangsa yang terdiri daripada pelajar, golongan profesional serta warga asing.

Menurut polis, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Jiao memikat mangsa menerusi aplikasi janji temu dan media sosial sebelum membawa mereka ke kediamannya di Nanjing dan merakam hubungan seksual menggunakan kamera tersembunyi.

Rakaman itu dimuat naik dan dijual di kumpulan dalam talian tertutup dengan bayaran langganan sekitar 150 yuan (kira-kira RM88.37) membolehkan Jiao meraih keuntungan besar.

Kes berprofil tinggi ini mencetuskan kemarahan rakyat China dan menjadi antara topik paling hangat di platform media sosial Weibo dengan lebih 200 juta tontonan hanya dalam beberapa hari.

Fenomena ini mencerminkan betapa besar dan mengejutkannya kes berkenaan dalam konteks budaya tempatan.

Lebih membimbangkan, ramai mangsa dikenal pasti oleh rakan, pasangan atau keluarga mereka selepas rakaman tidak ditapis tersebar, menyebabkan kesan buruk termasuk perceraian dan reputasi tercalar.

Pihak berkuasa kesihatan turut menggesa orang ramai berhenti menyebarkan rakaman atau imej terbabit kerana ia melanggar privasi dan boleh menyebabkan trauma berpanjangan kepada mangsa.

Suspek sudah ditahan pada 5 Julai lalu dan berdepan pertuduhan menghasilkan serta mengedar bahan lucah selain berkemungkinan berdepan tuduhan tambahan kerana melanggar privasi individu.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Nanjing turut menawarkan saringan kesihatan percuma kepada individu yang berkemungkinan menjadi mangsa.

Namun, pihak berkuasa kesihatan itu tidak mengesahkan atau menafikan khabar angin mengenai jangkitan penyakit kelamin, dengan alasan ia membabitkan privasi mangsa.

Pihak berkuasa kini sedang giat memadamkan kandungan haram dan mengesan penyebar video terbabit sambil mengingatkan orang awam supaya tidak menyebarkannya kerana boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Kes itu turut mencetuskan perdebatan hangat mengenai keselamatan digital, persetujuan dalam hubungan intim dan keperluan undang-undang lebih ketat dalam mengawal penyamaran serta eksploitasi seksual atas talian.

 

 

More articles

Raja Mohammed VI Mempengerusikan Majlis Pelantikan Kerajaan Baharu

17 Oct 2026 · Trending Today

Rabat – Raja Mohammed VI, semoga Allah memberikan pertolongan kepada Baginda,

Dr Siti Hasmah meninggal dunia di IJN

28 Sep 2026 · Trending Today

Kuala Lumpur: Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.

Spirit Airlines Oakland Office – Customer Service Guide

9 Sep 2026 · Trending Today

The Spirit Airlines Oakland Office is committed to providing professional assistance and helping travelers enjoy a convenient, comfortable, and organized travel experienc…

Best Vastu Tips for Home 2026 for Wealth & Positivity

13 Aug 2026 · Trending Today

Best Vastu Tips for Home 2026 for Wealth & Positivity

Omiyou Premium Ads
Coming soon