guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Siti Kasim menang saman, JAWI diperintah bayar saman ganti rugi

19 Jul 2025 · omiyou network · Social Issues · 11,530 views

15 pegawainya dan tujuh lagi individu lain berhubung dakwaan penangkapan salah serta penahanan secara tidak sah ketika majlis makan malam kutipan derma di sebuah hotel pada 2016.

Hakim Su Tiang Joo memerintahkan RM100,000 dibayar sebagai ganti rugi teladan, ganti rugi teruk (RM60,000) dan kos guaman (RM100,000) kepada Siti Kasim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim.

Ketika menyampaikan keputusan itu, mahkamah berpendapat bahawa berdasarkan imbangan kebarangkalian, Siti Kasim berjaya membuktikan bahawa beliau ditahan secara salah dan dikurung secara tidak sah oleh dua pegawai JAWI sebaik saja keluar dari dewan hotel tempat majlis berlangsung.

"Pada pertimbangan saya, telah berlaku salah guna kuasa oleh penjawat awam apabila defendan menjalankan serbuan dan menahan seorang peserta dalam satu majlis anjuran kerajaan negeri, tanpa memastikan kuasa yang digunakan itu sah di sisi undang-undang, sekali gus menimbulkan ketakutan dan ketidakselesaan yang tidak wajar," katanya.

Siti Kasim memfailkan saman itu pada September 2019 atas dakwaan penahanan secara tidak sah, salah guna kuasa oleh penjawat awam serta pelanggaran hak asasi terhadap kebebasan diri sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau mendakwa bahawa dirinya tidak pernah menghalang mana-mana pegawai dan hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang peguam ketika insiden itu berlaku.

Pada 21 Ogos 2020, Mahkamah Majistret melepas dan membebaskan Siti Kasim daripada pertuduhan menghalang penjawat awam selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

More articles

Why Should You Choose a Mobile Notary Massachusetts for Your Important Documents?

30 Jun 2026 · Social Issues

Looking for a trusted Mobile Notary Massachusetts service? First Choice Notary offers professional, convenient, and reliable mobile notary solutions across multiple state…

Gempa Bumi 7.8 Magnitud Melanda Selatan Pulau Mindanao, Wilayah Sarangani Terjejas Teruk

10 Jun 2026 · Social Issues

MANILA, 9 Jun 2026 – Wilayah Mindanao di selatan Filipina dilanda salah satu bencana seismik paling buruk dalam tempoh setengah abad apabila gempa bumi kuat bermagnitud 7…

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas diperkukuh penguatkuasaan di Sabah, Labuan

20 Apr 2026 · Social Issues

KOTA KINABALU: Penubuhan Pasukan Petugas Khas Ops Tiris 4.0 Bersepadu Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan antara lain akan memberi fokus utama kepada pelaksanaan aktivit…

MCMC pulihkan 14 menara komunikasi akibat kegiatan vandalisme

15 Apr 2026 · Social Issues

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan sebanyak 14 menara komunikasi yang terjejas akibat aktiviti vandalisme di Bukit Pilah, Ne…

Omiyou Premium Ads
Coming soon