guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Jadual STR 2025: Tarikh Bayaran Bantuan Fasa 1, 2, 3 & 4

9 Jul 2025 · omiyou network · News and Politics · 9,484 views

Program ini tidak hanya memberikan bantuan kewangan tetapi juga berperanan sebagai sinar harapan bagi mereka yang benar-benar memerlukan.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025

Program Sumbangan Tunai Rahmah 2025 merupakan sinar harapan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Dengan sokongan tepat, diharap dapat mengurangkan beban kehidupan dan memberikan peluang kepada mereka untuk memperbaiki taraf hidup. Kerajaan berkomitmen untuk terus memperbaiki dan memantau program ini agar lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmatinya.

Mari kita bersama-sama memanfaatkan inisiatif ini dan menjadikan masyarakat kita lebih sejahtera.

sumbangan tunai rahmah 2025

Matlamat Utama STR: Meringankan Beban Rakyat

STR 2025 dilaksanakan sebagai langkah proaktif kerajaan untuk meringankan beban kewangan ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Dengan peningkatan kos sara hidup berlaku, bantuan tunai ini diharapkan dapat menjadi sokongan bermakna bagi mereka untuk meneruskan kehidupan seharian. Melalui strategi penyasaran semula subsidi, kerajaan berupaya untuk menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat yang memerlukan.

Kelayakan Memohon STR 2025

Bagi mereka yang ingin memohon STR 2025, penting untuk memahami syarat kelayakan ditetapkan. Permohonan STR yang layak menerima bayaran adalah berstatus Lulus dan telah melepasi semakan verifikasi kelayakan. Ini bermakna, hanya mereka yang benar-benar memenuhi kriteria ditetapkan oleh kerajaan akan menerima bantuan ini. Proses ini memastikan bahawa bantuan sampai kepada mereka yang paling memerlukan tanpa sebarang penyalahgunaan.

penerima str 2025

Kadar Bayaran STR 2025

Salah satu aspek penting dalam Program Sumbangan Tunai Rahmah adalah kadar bayaran ditetapkan. Kadar bayaran STR 2025 adalah bergantung kepada kelayakan had pendapatan dan mula dibayar secara berfasa sehingga mencapai jumlah keseluruhan sebaik sahaja permohonan diluluskan. Ini bermakna, amaun yang akan diterima oleh penerima STR adalah mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan. Dengan cara ini, kerajaan dapat memastikan bahawa bantuan diberikan adalah sesuai dan efektif bagi setiap kumpulan sasaran.

Jadual Bayaran STR Kategori Isi Rumah RM2,500 Ke Bawah

Jadual dan jumlah amaun bayaran keseluruhan bantuan di bawah adalah untuk kategori Isi Rumah (tiada had umur) yang berpendapatan RM2,500 ke bawah berdasarkan jumlah bilangan anak.

Jumlah Amaun Keseluruhan Bantuan
Bilangan AnakJumlah
0Tiada AnakRM1,000
1-2Mempunyai 1 hingga 2 orang anakRM1,500
3-4Mempunyai 3 hingga 4 orang anakRM2,000
≥5Mempunyai 5 anak dan ke atasRM2,500
Tarikh Pembayaran Berfasa
Bilangan AnakFasa 1Fasa 2Fasa 3Fasa 4
0RM500RM150RM150RM200
1-2RM500RM300RM350RM350
3-4RM500RM500RM500RM500
≥5RM500RM650RM650RM700
Tarikh Bayaran22-28 Januari24-27 MacBelum DiumumkanBelum Diumumkan

Jadual Bayaran STR Kategori Isi Rumah RM2,501-RM5,000

Jadual dan jumlah amaun bayaran keseluruhan bantuan di bawah adalah untuk kategori Isi Rumah (tiada had umur) yang berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000 berdasarkan jumlah bilangan anak.

Jumlah Amaun Keseluruhan Bantuan
Bilangan AnakJumlah
0Tiada AnakRM500
1-2Mempunyai 1 hingga 2 orang anakRM750
3-4Mempunyai 3 hingga 4 orang anakRM1,000
≥5Mempunyai 5 anak dan ke atasRM1,250
Tarikh Pembayaran Berfasa
Bilangan AnakFasa 1Fasa 2Fasa 3Fasa 4
0RM150RM150RM100RM100
1-2RM150RM200RM200RM200
3-4RM250RM250RM250RM250
≥5RM300RM300RM300RM350
Tarikh Bayaran22-28 Januari24-27 MacBelum DiumumkanBelum Diumumkan

Jadual Bayaran STR Kategori Warga Emas

Jadual dan jumlah amaun bayaran keseluruhan bantuan di bawah adalah untuk kategori Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan berumur 60 tahun dan ke atas yang berpendapatan RM5,000 Ke Bawah.

Jumlah Amaun Keseluruhan Bantuan
KategoriJumlah
Warga Emas Bujang / Tiada PasanganRM600
Tarikh Pembayaran Berfasa
ButiranFasa 1Fasa 2Fasa 3Fasa 4
JumlahRM150RM150RM150RM150
Tarikh Bayaran22-28 Januari24-27 MacBelum DiumumkanBelum Diumumkan

Jadual Bayaran STR Kategori Individu Bujang Dan OKU

Jadual dan jumlah amaun bayaran keseluruhan bantuan di bawah adalah untuk kategori Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah berumur 21 hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun.

Jumlah Amaun Keseluruhan Bantuan
KategoriJumlah
Individu & OKU BujangRM600
Tarikh Pembayaran Berfasa
ButiranFasa 1Fasa 2Fasa 3Fasa 4
JumlahRM150RM150RM150RM150
Tarikh Bayaran22-28 Januari24-27 MacBelum DiumumkanBelum Diumumkan

Berita Pengumuman Tarikh Bayaran STR 2025

Berikut kami sertakan rangkuman berita pengumuman berhubung dengan tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025 sepertimana mana diumumkan oleh kerajaan. Kami lebih memilih pengkongsian melalui infografik kerana ia lebih memudahkan penerima membuat rujukan dan dapat memahami maklumat dengan lebih tepat sekali gus dapat mengelakkan berlaku sebarang kekeliruan.

More articles

Kenyataan Pejabat Diraja

17 Oct 2026 · News and Politics

Rabat – Berikut ialah kenyataan daripada Pejabat Diraja:

Invest in Land in New Chandigarh for Long-Term Growth

16 Oct 2026 · News and Politics

Jubilee Parkfield New Chandigarh – Premium Plotted Development in Sector 19 & 21, New Chandigarh. 161.55 acres integrated township with Punjab Govt. layout approval.Conta…

HM the King Chairs Opening of 1st Session of 1st Legislative Year of 12th Legislature

13 Oct 2026 · News and Politics

Rabat - His Majesty King Mohammed VI, may God assist Him, accompanied by HRH Crown Prince Moulay El Hassan

HM the King Appoints Fatima Ezzahra El Mansouri as Head of Government, Entrusts Her with Forming New Gov't

30 Sep 2026 · News and Politics

Rabat - His Majesty King Mohammed VI, may God assist Him, received on Tuesday at the Royal Palace in Rabat, Fatima Ezzahra El Mansouri,

Omiyou Premium Ads
Coming soon