Pasangan suami isteri dera kanak-kanak lelaki ditahan polis

Comments · 471 Views

KENINGAU : Polis menahan satu pasangan suami isteri kerana disyaki mendera dua kanak-kanak lelaki berusia lima dan 13 tahun di sini petang semalam.

etua Polis Daerah Keningau Supt Yampil Anak Garai berkata kanak-kanak berusia 13 tahun itu merupakan anak tiri kepada

suspek wanita, manakala kanak-kanak berusia lima tahun itu adalah anak angkat kepada pasangan berkenaan.

Beliau berkata pasangan berumur 27 dan 36 tahun itu ditahan di rumah sewa mereka di sini, dan kejadian dera dipercayai berlaku antara 24 dan 30 Mac lepas.

Menurutnya kejadian itu disedari seorang lelaki berusia 27 tahun Selasa lepas apabila didatangi kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun untuk menjual burger, dan lelaki itu mengesan beberapa kesan luka serta melecur pada kanak-kanak berkenaan, dipercayai akibat didera.

Bercakap kepada pemberita ketika dihubungi hari ini Yampil berkata terdapat kesan melecur di badan kedua-dua kanak-kanak itu, disyaki akibat ditekap dengan seterika, dan juga melecur pada kaki dipercayai akibat terkena air panas.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Comments