STR 2024 : Semakan Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2

commentaires · 145 Vues

Kerajaan MADANI sentiasa peka kepada keluhan rakyat. Oleh itu, Kerajaan telah menambah baik program subsidi bersasar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini sebagai usaha membantu rakyat dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Bermula dengan tahun ini, program penunaian STR juga telah mula diperluaskan ke kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia bagi memantapkan penyampaian awam. Dalam usaha untuk mengurangkan jurang antara komuniti-komuniti majmuk Malaysia, program penunaian ini akan memberi tumpuan kepada masyarakat Orang Asli.

Melalui Belanjawan 2024, peruntukan STR 2024 telah ditingkatkan daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion dan memanfaatkan seramai 9 juta penerima. Kadar maksimum STR pula ditingkatkan kepada RM3,700 tahun ini, berbanding RM3,100 tahun lalu.

Bagi pembayaran STR Fasa 2, ianya akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada bulan April dan tarikh pembayaran akan diumumkan kelak.

Pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah – STR 2024

Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan tunai yang diberikan kepada rakyat Malaysia daripada golongan miskin, B40 dan M40 mengikut kategori bujang, isi keluarga dan warga emas.

Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR).

Kadar minimum STR bagi golongan belia akan meningkat daripada RM350 kepada RM500.

Kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun mulai Januari 2024 berbanding RM3100 pada tahun 2023.

Sementara itu, manfaat SARA (Sumbangan Asar Rahmah 2024) pula akan memanfaatkan 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Tarikh Bayaran STR 2024

Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Jumlah Bayaran STR Fasa 1

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima bagi Fasa 1 STR 2024 .

PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 1 DIKREDITKAN MULAI 29 JANUARI 2024.

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 diawalkan kepada 29 Januari 2024 (Isnin depan) secara berperingkat, berbanding perancangan awal pada bulan Februari 2024.

STR pada tahun 2024 akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima atau 60% daripada penduduk dewasa kumpulan B40 dan M40.

Semakan status kelulusan STR boleh dibuat melalui Portal Rasmi STR.

commentaires