pelajar lelaki maut dipukul di asrama kolej

Comentários · 682 Visualizações

LAHAD DATU: Seorang pelajar lelaki maut dipercayai dipukul berpunca daripada perselisihan faham antara penghuni asrama di salah sebuah kolej di Lahad Datu awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu
Asisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad dalam kenyataannya hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, pihaknya telah menerima laporan polis yang dibuat oleh pengarah kolej terbabit, berhubung dengan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun dan merupakan penghuni asrama kolej tersebut yang dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pada jam lebih kurang 6.50 pagi tadi (22 Mac) pelajar lelaki tersebut telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan, katanya.

Menurut Rohan Shah, bertindak di atas laporan yang dibuat itu, sepasukan Polis Dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu telah
bergegas ke tempat kejadian.

Siasatan mendapati, kejadian berlaku di bangunan tingkat asrama lelaki kolej terbabit dan mendapati kejadian benar berlaku berikutan penemuan satu mayat remaja lelaki dalam keadaan terbaring di atas lantai di dalam sebuah bilik di asrama kolej itu.

Pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh badan mangsa.

Pihak polis mengenalpasti punca kejadian ialah perselisihan faham antaramangsa dengan penghuni-penghuni asrama yang lain, jelasnya.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Lahad Datu bagi proses bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian mangsa.

Sehingga kini, pihak polis telah menahan seramai 13 orangpelajar lelaki berusia lingkungan antara 16 sehingga 19 tahun.

Manakala, satu rampasan alat pengecas telefon pintar yangdipercayai berkait dengan siasatan kes ini, katanya.

Sehubungan dengan itu, Rohan Shah turut menyeru kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dalam kes ini dan pihak polis sedang menjalankan siasatan secara terperinci dari pelbagai sudut secara telus.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan.

Comentários