guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Kemungkaran MA63 satu sumpahan kepada Sabah - Madius

1 Mar 2024 · omiyou network · News and Politics · 7,868 views

Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, sumpahan itu juga mungkin akibat kemungkaran terhadap tiga perkara dalam Batu Bersumpah Keningau yang dibina seiring MA63.

“Setahun selepas pembentukan Malaysia, batu sumpah ini dilancarkan iaitu pada 30 Ogos 1964 dengan mengandungi tiga perkara iaitu Kebebasan beragama di Sabah; Tanah adalah hak Sabah dan; Adat Istiadat hendaklah dilindungi dan dipelihara di Sabah.

“Ia dilancarkan mengikut ritual adat tradisi termasuk beberapa ekor haiwan seperti kerbau, lembu, kambing, babi dan ayam telah disembelih dan darah haiwan-haiwan ini dicurahkan diatas Batu Sumpah.

“Menurut kepercayaan orang-orang Momogun di Sabah, sumpahan yang diikat sedemikian rupa akan berterusan mengikat pihak-pihak yang terlibat sehinggalah ia menjadi Sumpahan Generasi ataupun Generational Curse,” katanya.

Madius berkata demikian dalam ucapan perbahasan di Persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.

Menurutnya, sepanjang 60 tahun terbentuknya Malaysia, Sabah telah melalui liku-liku sejarah yang mana Kebebasan Beragama terancam; tanah Sabah iaitu Labuan diserahkan kepada Persekutuan menjadi Wilayah Persekutuan tanpa apa-apa pampasan, dan seluas 124,389 hektar tanah Sabah diserahkan kepada FELDA tanpa pemilikan ekuiti daripada Kerajaan Sabah.

“Semua ini secara terang-terangan merupakan pelanggaran terhadap perakuan Batu Sumpah Keningau.

“Sebab itu apabila lapan daripada 10 daerah termiskin di Malaysia ini adalah dari Sabah. Masalah bekalan air, masalah bekalan elektrik, masalah jalan-jalan raya, masalah banjir, masalah jambatan-jambatan gantung yang usang tidak selesai-selesai, masalah kebanjiran pendatang Tanpa Izin (PTI).

“Pelbagai masalah pembangunan menghantui Sabah. Maka Tuaran ingin bertanya apakah ini kerana Sumpahan Generasi yang diikat oleh Batu Sumpah Keningau.

“Apakah hanya kita di Sabah yang terkena sumpahan kerana jaminan dan perakuan dalam MA63 telah dicabul atau tidak dilaksanakan. Maka sebab itu, adalah menjadi tanggungjawab kita semua agar MA63 itu dilaksanakan dengan sepenuhnya,” katanya.

Sehubungan itu, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu mengingatkan agar MA63 perlu dilaksanakan sepenuhnya menjelang Julai 2024 seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Memang benar kita adalah generasi pelaksana, persoalannya apa lagi yang perlu ditunggu-tunggu? Apa lagi yang mau dirunding-runding? Laksanakan sahaja MA63 ini,” tegas Madius.

More articles

Kenyataan Pejabat Diraja

17 Oct 2026 · News and Politics

Rabat – Berikut ialah kenyataan daripada Pejabat Diraja:

Invest in Land in New Chandigarh for Long-Term Growth

16 Oct 2026 · News and Politics

Jubilee Parkfield New Chandigarh – Premium Plotted Development in Sector 19 & 21, New Chandigarh. 161.55 acres integrated township with Punjab Govt. layout approval.Conta…

HM the King Chairs Opening of 1st Session of 1st Legislative Year of 12th Legislature

13 Oct 2026 · News and Politics

Rabat - His Majesty King Mohammed VI, may God assist Him, accompanied by HRH Crown Prince Moulay El Hassan

HM the King Appoints Fatima Ezzahra El Mansouri as Head of Government, Entrusts Her with Forming New Gov't

30 Sep 2026 · News and Politics

Rabat - His Majesty King Mohammed VI, may God assist Him, received on Tuesday at the Royal Palace in Rabat, Fatima Ezzahra El Mansouri,

Omiyou Premium Ads
Coming soon