guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Enggan bersubahat, seorang pegawai tentera udara Amerika nekad bakar diri depan kedutaan Israel

28 Feb 2024 · omiyou network · 4,051 views

Di hadapan kedutaan Israel di Washington DC pada hari Ahad, sambil menjerit “bebaskan Palestin” beberapa kali.

Perbuatan itu merupakan tanda protes terhadap Amerika Syarikat yang berterusan menyokong Israel serta sebagai tindakan mengecam kekejaman zionis.

Aaron Bushnell, 25, dibawa ke hospital selepas pegawai Perkhidmatan Rahsia memadamkan api yang membakar seluruh badannya.

Beliau melakukan protes itu kerana “tidak mahu lagi terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai”.

Tiada kakitangan kedutaan yang cedera, kata jurucakap kedutaan.

Jurucakap Pentagon menyifatkan kejadian itu, yang berlaku pada pukul 13:00 waktu tempatan, sebagai “peristiwa tragis”.

Dalam video yang disiarkan secara langsung di laman penstriman Twitch, Bushnell, yang berpakaian seragam tentera, memperkenalkan dirinya sebagai anggota Tentera Udara yang sedang berkhidmat.

Sebelumnya, beliau telah menghantar e-mel kepada beberapa wartawan serta laman web berita berhaluan kiri dan anarkis. Atlanta Community Press Collective, salah satu kumpulan yang menerima e-mel, memberikan salinan kepada BBC.

“Hari ini, saya merancang untuk terlibat dalam tindakan protes melampau terhadap pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin,” dan dia turut memberi amaran ia akan “sangat mengganggu”.

Bushnell telah dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal dan akhirnya meninggal dunia.

Bushnell, dari San Antonio, Texas, dibesarkan di Massachusetts dan bersekolah di sekolah awam di semenanjung Cape Cod, menurut satu kenyataan dari daerah sekolah tempatan.

Beliau memegang pangkat pegawai udara kanan.

Dalam profil Linkedinnya, Bushnell menyatakan bahawa dia telah menamatkan latihan asas Tentera Udara “kelas tertinggi” pada November 2020 dan bahawa dia telah berusaha “untuk beralih daripada Tentera Udara AS ke kejuruteraan perisian”.

Perang Israel-Gaza meletus pada 7 Oktober lalu. Dan semakin ramai nyawa terkorban terutama sekali di Gaza, di mana 29,300 orang telah terbunuh, menurut kementerian kesihatan Palestin.

Sehingga pertengahan Januari, 1.9 juta orang awam di Gaza telah kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah operasi ketenteraan Israel, menurut PBB, menyumbang 85% daripada penduduknya.

Golongan pro Palestin di Amerika Syarikat mengadakan perhimpunan aman untuk mengenang Bushnell dengan upacara lilin peringatan.

Di X, ramai aktivis pro Palestin simpati dengan Bushnell yang dianggap ‘hero’ yang sudah tak tahan lagi melihat genosid. Bushnell sebelum ini pernah menyatakan dia kecewa kerana usaha untuk memberikan kesedaran tentang kekejaman zionis hanya dipandang remeh.

More articles

Multi-channel Physiological Recorder Market to Reach USD 1.72 Billion by 2034 at 5.7% CAGR as Advanced Patient Monitorin

30 Oct 2026

According to a report by IntelMarketResearch, the global Multi-channel Physiological Recorder Market was valued at USD 1,046.0 million in 2025 and is estimated to reach U…

CRM Best Practices: 12 Strategies to Improve Customer Relationships and Sales

29 Oct 2026

Discover 12 CRM best practices to improve data quality, sales processes, customer relationships, automation, and CRM adoption for long-term business growth.

Apple’s iPhone Duo Faces Backlash As Users Report Cracks On Folding Screen

28 Oct 2026

Apple’s first foldable smartphone, the iPhone Duo, is facing criticism from early buyers after reports of cracks appearing along its folding display.

Detective Agency in Delhi: Green Flags and Red Flags to Spot Before You Hire

24 Oct 2026

Green flags and red flags to check before hiring a detective agency in Delhi, Gurugram, Noida, Chandigarh or Rajasthan.

Omiyou Premium Ads
Coming soon