Hamas tidak mewakili rakyat Palestin - Presiden Mahmoud Abbas

Comentarios · 95 Puntos de vista

PRESIDEN Mahmoud Abbas menegaskan, tindakan dan dasar kumpulan Hamas tidak mewakili rakyat Palestin, lapor agensi berita rasmi negara itu, WAFA.

Dalam panggilan telefon dengan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, Abbas menegaskan, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) merupakan "wakil sah tunggal rakyat Palestin."

Mahmoud juga dalam perbualan itu menyatakan pendiriannya menolak tindakan membunuh orang awam sama ada di pihak Israel mahupun Palestin.
 
Justeru, Presiden Palestin itu menyeru pembebasan orang awam, tawanan dan banduan di kedua-dua belah pihak, tambah agensi berita tersebut.

Abbas mula menjawat tugas sebagai Presiden Palestin sejak 2005 mewakili parti politik Fatah - iaitu saingan kepada Hamas. - Agensi
Comentarios