guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Penjaja Tapak Pasar Malam Inanam disyaki guna pewarna terlarang – Junainah

21 Feb 2024 · omiyou network · 4,684 views

Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie berkata, sample ikan tersebut di bawa ke makmal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengenalpasti keberkesanan pewarna terbabit.

Katanya, laporan ujian ke atas sample yang di ambil akan dimaklumkan oleh pihak KKM kepada Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB) untuk tindakan lanjut.

“Operasi Bahagian Pengurusan Penjaja bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB) DBKK bermula 7.00 sehingga 9.30 malam di Tapak Pasar Malam Inanam mendapati terdapat seorang penjaja ikan disyaki meletakkan pewarna terhadap ikan yang dijualnya.

“Kita masih menunggu laporan terperinci oleh makmal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemungkinan besar akan diperoleh dalam tempoh terdekat, sekiranya terbukti tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga ikan terbabit,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Junainah berkata, operasi seramai empat anggota membabitkan Bahagian Penjaja Jabatan Pelesenan DBKK diketuai Hassim Musa manakala JKPB DBKK bersama enam anggota Adrian Ijom mengesan peniaga yang gagal mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Kementerian Kesihatan Malaysia yang turut serta dalam operasi malam tadi dianggotai seramai tujuh pegawai diketuai oleh Rozita Ibrahim, untuk mengesan peniaga yang degil berdasarkan laporan daripada orang ramai,” jelas Junainah.

Menurutnya, DBKK bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperluaskan lagi operasi ini bagi memastikan peniaga ikan mematuhi arahan sekali gus bebas daripada menggunakan bahan pewarna yang terlarang bagi menjamin kesihatan pengguna.

More articles

Multi-channel Physiological Recorder Market to Reach USD 1.72 Billion by 2034 at 5.7% CAGR as Advanced Patient Monitorin

30 Oct 2026

According to a report by IntelMarketResearch, the global Multi-channel Physiological Recorder Market was valued at USD 1,046.0 million in 2025 and is estimated to reach U…

CRM Best Practices: 12 Strategies to Improve Customer Relationships and Sales

29 Oct 2026

Discover 12 CRM best practices to improve data quality, sales processes, customer relationships, automation, and CRM adoption for long-term business growth.

Apple’s iPhone Duo Faces Backlash As Users Report Cracks On Folding Screen

28 Oct 2026

Apple’s first foldable smartphone, the iPhone Duo, is facing criticism from early buyers after reports of cracks appearing along its folding display.

Detective Agency in Delhi: Green Flags and Red Flags to Spot Before You Hire

24 Oct 2026

Green flags and red flags to check before hiring a detective agency in Delhi, Gurugram, Noida, Chandigarh or Rajasthan.

Omiyou Premium Ads
Coming soon