guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Kes warga asing kahwin warga tempatan untuk lesen perniagaan di malaysia semakin serius

23 Jun 2026 · omiyou network · Trending Today · 751 views

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim berkata, ia bukan perkara baharu dan dipercayai sudah berlaku sejak lebih 10 tahun lalu.

Katanya, terdapat perkahwinan yang dilakukan semata-mata bagi membolehkan warga asing menjalankan perniagaan dan terus berada di negara ini.

"Modus operandi ini antara cabaran yang menyukarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan kerana lesen perniagaan diperoleh atas nama pasangan yang juga warga tempatan.

"Apabila operasi penguatkuasaan dijalankan, individu terbabit sering memberi alasan mereka hanya membantu pasangan menguruskan perniagaan.

"Kita berdepan dilema untuk mengambil tindakan kerana lesen itu sah dan didaftarkan atas nama warga tempatan," katanya pada sidang media di Wisma Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata, PBT sukar membatalkan lesen perniagaan dalam situasi sedemikian kecuali jika terdapat pelanggaran syarat lesen atau kesalahan lain di bawah undang-undang berkaitan.

Beliau turut mengakui terdapat kebimbangan terhadap pertambahan peniaga warga asing yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan tanpa kawalan, namun menegaskan tindakan tegas tetap diambil terhadap mereka yang beroperasi tanpa lesen.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Jabatan Imigresen serta agensi berkaitan bagi mencari kaedah terbaik menangani isu itu yang didakwa berlaku di beberapa kawasan tumpuan perindustrian di Selangor.

Katanya, antara kawasan di Selangor yang dikesan berlaku kes berkenaan adalah Sungai Rasau dan Seksyen 15, Shah Alam.

More articles

Raja Mohammed VI Mempengerusikan Majlis Pelantikan Kerajaan Baharu

17 Oct 2026 · Trending Today

Rabat – Raja Mohammed VI, semoga Allah memberikan pertolongan kepada Baginda,

Dr Siti Hasmah meninggal dunia di IJN

28 Sep 2026 · Trending Today

Kuala Lumpur: Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.

Spirit Airlines Oakland Office – Customer Service Guide

9 Sep 2026 · Trending Today

The Spirit Airlines Oakland Office is committed to providing professional assistance and helping travelers enjoy a convenient, comfortable, and organized travel experienc…

Best Vastu Tips for Home 2026 for Wealth & Positivity

13 Aug 2026 · Trending Today

Best Vastu Tips for Home 2026 for Wealth & Positivity

Omiyou Premium Ads
Coming soon