Isteri kantoi ada lelaki lain, suami menyesal derma buah pinggang, minta isteri pulangkan semula

Comments · 68 Views

Dr. Richard Batista, seorang lelaki yang dikenali, telah menyatakan penyesalan selepas mendermakan organ kepada isterinya melalui pembedahan pada tahun 2001.

Rasa penyesalan itu muncul ketika dia dan isterinya, dikenali sebagai Danwell, kini dalam proses perceraian.

Yang mengejutkan, lelaki tersebut menuntut agar isterinya mengembalikan buah pinggang yang telah didermakan suatu ketika dahulu.

Jika isterinya gagal mengembalikan organ tersebut, lelaki itu meminta pampasan sebanyak £1.2 juta (RM7.25 juta).

Permintaan yang mengejutkan dan tidak munasabah itu didakwa lelaki tersebut atas dasar isterinya melakukan perselingkuhan.

Mahkamah Agung Daerah Nassau, Bahamas, bagaimanapun menolak permintaan lelaki tersebut yang dianggap tidak munasabah terhadap isterinya.

Selain itu, pakar perubatan juga berpendapat bahawa permintaan tersebut melanggar etika perubatan, walaupun ia teknikalnya mungkin dilakukan.

Comments