Suami ‘kantoi’ bermanja dengan anak tiri di aplikasi TikTok

Kommentare · 320 Ansichten

PETALING JAYA – Hancur hati seorang isteri apabila mengetahui suaminya curang bersama anaknya selepas wanita itu memeriksa aplikasi TikTok lelaki tersebut.

Menerusi luahan di kumpulan Facebook, Luahan Hati Seorang Isteri, wanita itu berkata, dia tidak sangka suami dan anaknya menjalin hubungan kasih dalam diam dan menjadikan platform TikTok sebagai medium penghubung untuk mereka bermesej.

“Saya seorang janda anak satu, dan berkahwin dengan suami dua tahun lalu. Anak saya tahun ini dah 21 tahun.

“Saya tak pernah syak apa-apa pada suami dan anak. Saya sendiri tak ada TikTok, jadi tidak pandai gunakan aplikasi tersebut. Cuma baru-baru ini saya sengaja membelek telefon bimbit suami dan terkejut lihat suami mesej manja-manja dengan anak saya.

“Saya ingat dia layan baik anak saya sekadar kasih seorang bapa kepada anak tirinya, rupanya mereka menjalin cinta dalam diam,” luahnya dalam hantaran yang dimuat naik pengendali kumpulan tersebut semalam.

Dakwa wanita itu, dia mengesyaki suaminya pernah tidur berdua di hotel bersama anaknya apabila beberapa bukti perbualan direkodkan di ruang mesej aplikasi TikTok tersebut.

“Saya hanya syak, tak pasti kebenarannya. Anak saya tinggal di asrama sebab sambung pengajian peringkat degree (ijazah sarjana muda) di Shah Alam. Saya ada baca mesej suami ajak anak tidur di hotel dengan alasan mahu bawanya jalan-jalan hujung minggu.

“Sedangkan saya tidak tahu suami dan anak keluar bersama. Dunia akhir zaman memang wujud. Suami bukan setakat mesej tanya khabar anak tirinya, malah panggilan sayang juga diberikan kepada gadis tersebut.

“Saya rasa gagal didik anak sehingga tenggelam dengan godaan lelaki seperti itu. Saya juga rasa gagal dalam memilih suami sehingga dia lebih kasih pada anak tirinya berbanding isterinya sendiri. Moga Allah bantu saya cari jalan penyelesaian untuk semua ni,” katanya.

Menurut wanita itu, dia sekadar mahu meluah dan berharap pandangan positif daripada ahli kumpulan tersebut.

“Saya sekadar mahu meluah, jangan kecam saya kerana ceritakan aib keluarga. Saya tidak tulis nama siapa-siapa, cuma harap ada pandangan yang dapat bantu masalah saya,” pintanya.

Luahan wanita tersebut ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna lain sehingga meraih lebih 400 komen.

“Banyak kes saya baca bapa curang dengan anak tiri, sehingga ada yang terlebih batas sampai mengandung anak luar nikah. Hati-hati dalam memilih pasangan,” pesan Ayuni.

“Ini memang sama-sama gatal, kalau seorang sahaja yang mula, anaknya tidak melayan, perkara seperti ini tak terjadi. Moga puan kuat dengan ujian ini. Nasihat saya puan jumpa dengan anak puan dan tanya sejauh mana hubungannya dengan bapa tiri,” cadang Naila. – KOSMO! ONLINE

Kommentare