guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

10 kawasan catat suhu panas tahap berjaga-jaga

19 Feb 2024 · omiyou network · Education · 10,195 views

Menurut makluman jabatan itu di Facebook semalam, sembilan kawasan direkodkan di Semenanjung melibatkan Pulau Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang, Pokok Sena, Sik, Baling di Kedah; Seberang Perai Utara di Pulau Pinang dan Kuala Kangsar, Perak manakala Sabah melibatkan daerah Beaufort.

Suhu tahap berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

MetMalaysia sebelum ini memaklumkan negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024.

Dalam tempoh itu, litupan awan dan taburan hujan kelazimannya adalah kurang di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak, Pahang dan Kelantan.

Ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.

Cuaca panas yang dialami ketika ini adalah fenomena berulang yang berlaku saban tahun pada setiap Februari hingga Mei dan dalam tempoh ini, suhu maksimum harian boleh melebihi 35 darjah Celsius pada awal petang. – BERNAMA

More articles

Best DevOps Course in Pune at SevenMentor

27 Oct 2026 · Education

Are you looking to build a successful career in the IT industry? Enrolling in a DevOps course in Pune can help you develop the technical skills required for modern softwa…

BIS Certification for Smartphone Screen Protectors – IS 19348:2025

26 Oct 2026 · Education

SS Global Services provides expert consultancy for BIS certification of smartphone screen protectors under IS 19348:2025. Manufacturers, importers and brands can get assi…

AI Transformation Consulting Services: A Practical Guide

23 Oct 2026 · Education

Explore the role, benefits, and processes of AI transformation consulting services for businesses seeking intelligent growth in 2024 across industries today.

Best College for Girls in Jaipur: Courses, Facilities, Admissions, and Career Growth

22 Oct 2026 · Education

Choosing the right college is an important step towards building a successful future. For students planning to continue their education after Class 12, finding the best c…

Omiyou Premium Ads
Coming soon