guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Lelaki ditemukan maut di hutan

17 Jun 2026 · omiyou network · Trending Today · 820 views

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menerima laporan mengenai penemuan mayat lelaki berusia 48 tahun itu pada kira-kira jam 6 pagi.

Menurutnya, mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di atas laluan kebun di kawasan hutan oleh penduduk kampung.

“Hasil siasatan mendapati mangsa kali terakhir dilihat oleh ahli keluarganya pada petang 10 Jun lalu sebelum memasuki kawasan hutan bagi memeriksa dan menjaga pukat kelawar miliknya.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian turut menemukan sebuah mesin pemotong kayu (chainsaw) serta beberapa barangan peribadi milik mangsa berhampiran tempat mayat ditemui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian awal di lokasi kejadian, mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah akibat dibidas pokok yang ditebang sendiri semasa menjalankan aktiviti di kawasan tersebut.

Katanya, pemeriksaan tempat kejadian dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang bersama Pasukan Forensik D10, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah dikesan yang boleh dikaitkan dengan kejadian ini,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.

Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat dan siasatan lanjut.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis serta tidak menyebarkan gambar atau video kejadian bagi menghormati sensitiviti keluarga dan waris mangsa.

Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Ahmad Amir Fitri Ab. Rahman di talian 016-4492215 atau menghubungi IPD Penampang di talian 088-712222.

 

More articles

Raja Mohammed VI Mempengerusikan Majlis Pelantikan Kerajaan Baharu

17 Oct 2026 · Trending Today

Rabat – Raja Mohammed VI, semoga Allah memberikan pertolongan kepada Baginda,

Dr Siti Hasmah meninggal dunia di IJN

28 Sep 2026 · Trending Today

Kuala Lumpur: Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.

Spirit Airlines Oakland Office – Customer Service Guide

9 Sep 2026 · Trending Today

The Spirit Airlines Oakland Office is committed to providing professional assistance and helping travelers enjoy a convenient, comfortable, and organized travel experienc…

Best Vastu Tips for Home 2026 for Wealth & Positivity

13 Aug 2026 · Trending Today

Best Vastu Tips for Home 2026 for Wealth & Positivity

Omiyou Premium Ads
Coming soon