guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Juragan bot ditahan abaikan keselamatan penumpang

4 Feb 2024 · omiyou network · 3,650 views

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W. P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, bot berkenaan didapati telah membawa lebih muatan selepas ditahan dalam operasi yang dijalankan di sekitar perairan Kota Kinabalu.

Katanya, juragan bot warganegara berumur 31 tahun itu turut mengabaikan keselamatan 13 orang penumpang dengan tidak menyediakan jaket keselamatan.

“Juragan bot berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002. 

“Bot dan juga juragan telah dibawa masuk ke Jeti Maritim Malaysia untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Suhaimi berkata, Maritim Malaysia mengingatkan kepada semua pengusaha bot penumpang agar tidak mengabaikan aspek keselamatan penumpang terutamanya di musim cuaca buruk.

Katanya, Maritim Malaysia juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menghalang tugas pegawai penguatkuasa maritim. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

More articles

Multi-channel Physiological Recorder Market to Reach USD 1.72 Billion by 2034 at 5.7% CAGR as Advanced Patient Monitorin

30 Oct 2026

According to a report by IntelMarketResearch, the global Multi-channel Physiological Recorder Market was valued at USD 1,046.0 million in 2025 and is estimated to reach U…

CRM Best Practices: 12 Strategies to Improve Customer Relationships and Sales

29 Oct 2026

Discover 12 CRM best practices to improve data quality, sales processes, customer relationships, automation, and CRM adoption for long-term business growth.

Apple’s iPhone Duo Faces Backlash As Users Report Cracks On Folding Screen

28 Oct 2026

Apple’s first foldable smartphone, the iPhone Duo, is facing criticism from early buyers after reports of cracks appearing along its folding display.

Detective Agency in Delhi: Green Flags and Red Flags to Spot Before You Hire

24 Oct 2026

Green flags and red flags to check before hiring a detective agency in Delhi, Gurugram, Noida, Chandigarh or Rajasthan.

Omiyou Premium Ads
Coming soon