Ini Dia Tiga Petua Daun Pandan, Petua Ketiga Paling Ramai Tak Percaya

Comments · 477 Views

Daun pandan merupakan tanaman yang memberikan banyak fungsi kepada kehidupan manusia. Dalam sudut kulinari, tumbuhan ini memberikan aroma yang harum dan warna yang cantik pada juadah, khususnya kuih-muih.

Selain makanan, tumbuhan ini sering digunakan dalam pewangi semula jadi seperti bunga rampai. Ada yang meletakkan daun ini di dalam peti sejuk untuk memberikan bau segar di dalam perkakas elektrik berkenaan.

Ramai yang tidak tahu sebenarnya daun pandan juga memiliki beberapa kegunaan yang mana memberi manfaat kepada kesihatan manusia.

Seorang pengguna TikTok telah berkongsi tiga petua menarik terhadap kesihatan manusia dengan hanya menggunakan daun pandan.

Ketiga-tiga petua bermanfaat ini telah dikongsi oleh Abang Salai menerusi akaun TikToknya(@abangsalai)baru baru ini.

1. Mengurangkan rasa lenguh pada urat-urat saraf

Pertama sekali, potong daun pandan kepada bahagian-bahagian kecil dan rebuskan dalam empat gelas air sehingga separuh daripada air rebusan tersejat.

Minum air rebusan tersebut setiap waktu pagi dan petang untuk mendapatkan hasilnya pada tubuh badan.

"In shaa Allah, petua ini dapat mengurangkan rasa sakit-sakit pada anggota badan," kata Abang Salai.

2. Membantu kurangkan masalah kelemumur dan rambut kurang sihat.

Bagi sesesiapa yang mengalami masalah kelemumur dan rambut kurang sihat, anda patut mengamalkan petua kedua ini.

Anda perlu mendapatkan tiga helai dau pandan dan masukkannya ke dalam mesin pengisar untuk dikisar sehingga lumat. Apabila sudah lumat, campurkan sedikit santan pada daun pandan yang berbentuk pes tadi.

Apabila pes sudah sebati, letakkan pes daun pandan dan santan ke atas rambut dalam ratakan ke seluluh kepala. Ketika meratakan pes berkenaan, ramaskan bahagian kepala dengan menggunakan jari jemari agar pes sampai ke kulit kepala.

Lakukan perkara itu sehingga masa perapan rambut mencecah 30 minit ataupun setengah jam. Selepas itu, anda bebas sama ada mahu membilas kepala, mandi mahupun menggunakan syampu seperti biasa.

Kata Abang Salai, tip ini perlu diamalkan selalu agar anda mendapat hasil berupa keadaan rambut yang berkilat-kilat.

3. Membantu lelaki yang mengalami masalah kekurangan tenaga batin

Abang Salai menjelaskan bahawa petua ketiga ini khusus buat para suami yang mengalami masalah kekurangan batin. Seperti petua sebelum ini, anda memerlukan tiga helai daun pandan dan potongkan sehingga menjadi beberapa potongan kecil.

Tidak ubah seperti petua pertama, anda perlu merebus daun pandan di dalam air dalam lingkungan empat buah gelas.

Cuma kali, anda perlu merebusnya bersama beberapa bahan lain seperti biji halba, kulit kayu manis dan beberapa hirisan halian.

Rebuskan ke semua bahan-bahanya yang dinyatakan sebelum ini sehingga paras air rebusan berkurangan dalam lingkungan separuh,

Anda perlu minum air rebusan pada waktu pagi dan petang dan amalkan petua ini kira-kira empat atau lima kali sebulan untuk melihat kesannya.

@abangsalai

Semoga perkongsian abang salai ini kita semua dapat manfaatnya, jika ada petua lain jom kongsikan sama sama

♬ original sound - AbangSalai

Sumber:abang salaiviaTiktok

Comments