guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Telur penyu dijual bernilai RM3,000 dirampas di Tuaran

10 Jun 2026 · omiyou network · Crime · 597 views

Menerusi satu kenyataan media hari ini, Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah memaklumkan operasi berkenaan dilaksanakan hasil kerjasama Unit Perisikan Siasatan Khas (WCB) dan jabatan itu susulan risikan serta siasatan khas yang dijalankan bersama.

Dalam serbuan itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 37 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung pemilikan hasil hidupan liar yang dilindungi.

Menurut kenyataan itu, pasukan operasi berjaya merampas sebanyak 300 biji telur yang disyaki telur Penyu Hijau dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM3,000.

Kes berkenaan disiasat mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 kerana memiliki hasil haiwan yang dilindungi sepenuhnya tanpa kebenaran yang sah.

JHL Sabah berkata, pihaknya memandang serius sebarang aktiviti melibatkan pemilikan, queen perdagangan atau penyeludupan hidupan liar dan akan terus mempergiat usaha penguatkuasaan bagi memastikan spesies yang dilindungi terus terpelihara.

Katanya, meskipun pelbagai kempen kesedaran dan perubahan sikap telah dilaksanakan, permintaan terhadap telur penyu masih wujud sehingga mendorong aktiviti penyeludupan dan penjualan secara haram.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membeli, memiliki atau memakan telur penyu kerana perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan penjualan atau penyeludupan telur penyu diminta menyalurkannya kepada pihak berkuasa bagi membantu membanteras jenayah hidupan liar serta melindungi populasi penyu di Sabah.

More articles

Which Legal Problems Can Property Lawyers in Delhi Solve Effectively

6 Jul 2026 · Crime

One of the biggest concerns while purchasing any property is confirming whether the seller has legal ownership.

Top 10 Questions to Ask Criminal Lawyers in Delhi Before Hiring Them

3 Jul 2026 · Crime

Here are the top 10 questions you should ask before hiring a criminal lawyer.

Tiga dipanggil bantu siasatan kes murid didakwa dibuli di asrama tenom

23 Jun 2026 · Crime

KOTA KINABALU: Polis telah memanggil tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang murid perempuan yang dipercayai menjadi mangsa buli di sebuah asrama sekol…

Wanita ditahan polis rampas air dan daun ketum di Putatan

23 Jun 2026 · Crime

PENAMPANG: Seorang wanita tempatan ditahan selepas polis merampas sejumlah cecair dan daun disyaki ketum dalam satu serbuan di Kampung Ulu Seberang, Putatan, pada Jumaat…

Omiyou Premium Ads
Coming soon