guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

mini zoo haram terbongkar, pelbagai hidupan liar dirampas

10 Jun 2026 · omiyou network · Crime · 1,253 views

Dalam serbuan kira-kira jam 10.30 pagi hasil kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang itu, lelaki tempatan berusia 57 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

Pemeriksaan lanjut mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang permit atau dokumen sah bagi pemilikan hidupan liar yang disimpan di premis berkenaan.

Antara haiwan yang dirampas ialah rusa sambar, kijang, ayam pegar Borneo (Bornean Crested Fireback), landak raya, ular sawa batik, tiga ekor Silver Pheasant dan dua ekor landak nibung.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Ahmad Amri Abd Rahman, berkata serbuan dijalankan hasil maklumat awam dan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM47,500.

"Suspek ditahan bagi membantu siasatan selepas gagal mengemukakan permit pemilikan yang sah seperti diperuntukkan di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997," katanya dalam kenyataan, hari ini.

More articles

Which Legal Problems Can Property Lawyers in Delhi Solve Effectively

6 Jul 2026 · Crime

One of the biggest concerns while purchasing any property is confirming whether the seller has legal ownership.

Top 10 Questions to Ask Criminal Lawyers in Delhi Before Hiring Them

3 Jul 2026 · Crime

Here are the top 10 questions you should ask before hiring a criminal lawyer.

Tiga dipanggil bantu siasatan kes murid didakwa dibuli di asrama tenom

23 Jun 2026 · Crime

KOTA KINABALU: Polis telah memanggil tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang murid perempuan yang dipercayai menjadi mangsa buli di sebuah asrama sekol…

Wanita ditahan polis rampas air dan daun ketum di Putatan

23 Jun 2026 · Crime

PENAMPANG: Seorang wanita tempatan ditahan selepas polis merampas sejumlah cecair dan daun disyaki ketum dalam satu serbuan di Kampung Ulu Seberang, Putatan, pada Jumaat…

Omiyou Premium Ads
Coming soon