guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Lima maut gempa bumi di selatan Filipina, tsunami setinggi 1.4 meter

10 Jun 2026 · omiyou network · World News · 456 views

Agripino Dacera, ketua pengurusan bencana di General Santos City, berkata pihak berkuasa masih mengesahkan tahap kematian dan kerosakan.

Menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina, gempa bumi tektonik itu berlaku pada 7:37 pagi waktu tempatan pada kedalaman 33 kilometer (km) dengan pusat gempa 32 km barat daya pantai bandar Maasim di Wilayah Sarangani di Pulau Mindanao, berhampiran General Santos, dengan populasi kira-kira 700,000.

 

Keadaan premis terjejas akibat gempa bumi.
Keadaan premis terjejas akibat gempa bumi.

 

Institut itu memaklumkan ombak tertinggi dicatatkan mencecah 1.4 meter. Media tempatan melaporkan beberapa bangunan runtuh dan menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Gegaran turut dirasai di wilayah jiran.

Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos mengarahkan usaha tindak balas dan pemantauan bencana di seluruh kawasan terjejas serta menggesa penduduk bergerak ke tempat lebih tinggi untuk pengungsian.

Filipina mengalami aktiviti seismik yang kerap kerana lokasinya di sepanjang Lingkaran Api Pasifik, zon sempadan plat tektonik utama yang terkenal dengan gempa bumi dan letusan gunung berapi.- Bernama 

More articles

HM the King Chairs New Government Appointment Ceremony

17 Oct 2026 · World News

Rabat - His Majesty King Mohammed VI, may God assist Him,

Statement by the Royal Office

17 Oct 2026 · World News

Rabat - Here follows a statement by the Royal Office :

Raja Mohammed VI Rasmikan Pembukaan Sesi Pertama Tahun Perundangan Pertama Penggal ke-12

13 Oct 2026 · World News

Rabat - Duli Yang Maha Mulia Raja Mohammed VI, semoga Allah membantu Baginda, diiringi oleh Putera Mahkota Yang Teramat Mulia Moulay El Hassan

Baginda Raja melantik Fatima Ezzahra El Mansouri sebagai Ketua Kerajaan dan mengamanahkan beliau untuk membentuk kerajaa

30 Sep 2026 · World News

Rabat – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Mohammed VI, semoga Allah memberikan pertolongan kepada Baginda, telah menerima menghadap pada hari Selasa di Istana Diraja di R…

Omiyou Premium Ads
Coming soon